Keranamu Bn Rakyat Makin Sengsara

Sofi Wahab

Mari kita fikirkan sejenak apa nasib rakyat yang fakir dan miskin yang masih ramai di bumi Malaysia ini. Lebih memilukan mereka disengsarakan lagi dengan pengumuman kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini.

Tidak lama lagi dijangkakan penderitaan mereka ini akan bertambah dengan kenaikan barangan keperluan dan perkhidmatan akibat dari kenaikan harga minyak, gas dan gula ini.

Kuih-muih, makanan dan barangan lain sudah tentu akan naik disebabkan semuanya menggunakan gula, gas memasak dan minyak untuk 'transport'. Siapa yang boleh memastikan semuanya tidak naik.

Pengalaman lampau sudah cukup mengajar kita walaupun pelbagai janji manis dibuat bahawa harga barang tidak akan naik, semua itu bagaikan menanam tebu di bibir mulut sahaja. Yang parah, menderita, sengsara dan melarat adalah rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Apakah pemimpin kerajaan dan orang kaya terasa bahang kenaikan ini jawapannya sudah tentu tidak. Sebab itulah mereka tidak kisah dengan kenaikan itu semua, tidak berbekas bagi mereka.

Malangnya isu ini terus ditutup oleh media sebaliknya isu politik perpaduan dan isu lain dimuatkan di dada akhbar dan corong radio dan TV. Gunanya ialah untuk melarikan pemikiran rakyat dari isu kenaikan harga minyak.

Ayuh rakyat Malaysia jangan kita terjebak dengan permainan kotor media arus perdana kaki pengampu ini yang saban hari menjadi hamba kepada BN untuk mengelirukan minda rakyat dari mengingati masalah sebenar rakyat.

Jangan kita berdiam diri membiarkan isu kenaikan harga minyak, gula, gas dan barangan ini hilang begitu sahaja yang akhirnya menyebabkan kerajaan BN akan bertindak lebih baik seperti menghapuskan terus subsidi minyak dan makanan ini seperti yang diwar-warkan oleh mereka bahawa rakyat mesti berkorban untuk masa depan negara.

Kita mesti menyedarkan rakyat bahawa tindakan zalim dan kejam kerajaan BN menaikkan harga minyak, gas dan gula ini wajar di balas dengan kita menumbangkan BN pada PRU ke 13 akan datang dan digantikan dengan kerajaan yang sanggup menjadi 'hamba' rakyat yang siang malam memikirkan kebajikan rakyat bukan kerajaan yang hanya mengenyangkan kroni dan wak yek mereka sahaja
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan