Perbicaraan 12 individu yang didakwa dimahkamah kerana mencetuskan ketegangan agama melalui tunjuk perasaan 'kepala lembu' Ogos tahun lalu ditunda ke esok hari.
Perbicaraan mereka ditunda kerana peguam kepada tertuduh mahu berbincang terlebih dahulu dengan pasukan pendakwaraya. Peguam Dato Salehuddin Saidin bagaimanapun enggan mendedahkan agenda perbincangan itu.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Hasbi Hassan menetapkan perbicaraan bersambung semula esok sehingga 30 Julai 2010.
Datuk Salehuddin memohon Hakim Hasbi menunda perbicaraan hari ini tidak sampai lima minit ia bersidang.
"Kita sekarang ada 'new development' akan bincang dengan pihak pendakwaan. Kita tak dapat keputusan lagi. Mahkamah kata bagi kita satu hari penangguhan. Kalau ada perkembangan esok kita selesaikan. Kalau tak ada perkembangan pun akan mulakan tarikh bicara esok sehingga hari jumaat" jelas Salehuddin.
Namun beliau enggan mengulas apakah yang akan ibincangkan dengan pihak pendakwaan.
"Itu kita tak dapat nak bagi tau. Kita tak dapat bagitau sekarang dan itu atas pertimbangan, perbincangan. Nanti lah tak bolehh bincang" tambah Salehuddin.
Pengerusi jawatankuasa badan bertindak penduduk Seksyen 23, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36, dan timbalannya, Ibrahim Sabri, 42, didakwa memijak kepala lembu yang mempunyai kecenderungan menghasut kerana perbuatan itu boleh menimbulkan permusuhan terhadap rakyat yang beragama Hindu.
Eyzva Ezhar pula didakwa membawa kepala lembu bersama-sama Ibrahim Sabri, manakala Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairi Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, didakwa membawa dan memijak kepala lembu pada masa dan tempat yang sama.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi 5 ribu ringgit dan penjara maksimum tiga tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan