DS Anwar Ibrahim
PETRONAS mengumumkan keputusan kewangan dan operasinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 pada 1 Julai yang lepas.
- Secara keseluruhannya, kita mengakui kesukaran PETRONAS untuk mengekalkan prestasi kewangannya seperti tahun-tahun yang lepas di dalam keadaan pasaran dunia yang terkesan kerana kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat dan benua Eropah pada tahun lepas.
- Oleh itu, penurunan perolehan PETRONAS sebanyak 18.1% kepada RM216.4 bilion sudah pun dijangka. Begitu juga dengan penurunan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.2% kepada RM40.3 billion, berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM52.5 bilion[1].
- Mengambil kira cabaran yang dihadapi PETRONAS untuk bersaing di peringkat dunia dan perubahan pasaran yang dialami industri minyak dan gas, seluruh warga PETRONAS wajar menerima pujian atas usaha mereka mengekalkan prestasi yang membanggakan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.
- Pun begitu, terdapat beberapa perkara khusus yang perlu diberi perhatian berhubung keputusan kewangan dan hala tuju PETRONAS. Organisasi ini merupakan nadi kepada Perbendaharaan negara, maka banyak matlamat ekonomi negara berhubungkait dengan kedudukan kewangan dan strategi yang diambil PETRONAS.
KEBERGANTUNGAN KEPADA PETRONAS
- PETRONAS merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan. Tanpa sumbangan dari PETRONAS dan industri minyak dan gas di Malaysia, defisit belanjawan negara sudah pun mencecah paras 15.1% pada tahun 2009. Continue reading ‘Analisa Keputusan Kewangan & Operasi PETRONAS’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan