Mohamed Hanipa Maidin
Utusan Malaysia melaporkan Mufti Perak Tan Sri Harussani mengatakan berikut, " Saya mufti takkan saya berbohong " ( Utusan Malaysia 21/7/2010 ). Kita boleh bersetuju dengan kata-kata tersebut.
Tapi saya rasa beliau kena lanjutkan kata-kata tersebut dengan ayat berikut, " Saya Mufti takkan saya tidak tahu PAS betul Umno tidak betul. Sebagai mufti ( yang tahu Islam ) maka saya menyeru marilah kita tinggalkan Umno dan pakat sokong PAS ramai-ramai."
Kalau Mufti Perak masih tidak nampak perbezaan PAS dan Umno, beliau kena malulah dengan Ah Chong dan Mutusamy yang kini menyokong dasar Islam yang PAS bawa dan perjuangkan.
Takkanlah Ah Chong dan Mutusamy lebih kenal perbezaan antara PAS dan Umno dibandingkan Mufti Perak ?
Untuk Mufti Perak ikutlah dan contohilah jejak langkah Almarhum mantan Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom yang teruk dizalimi Umno tetapi istiqamah berjuang dengan PAS sehingga akhir hayat beliau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan