Pembangunan baru Sg Buluh tanpa tender terbuka

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Julai:
Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS Kuala Selangor) mempersoal kerajaan yang menggunakan duit kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) untuk memajukan hartanah di Sungai Buloh, dan tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempertikai tindakan kerajaan memberikan projek berkenaan kepada syarikat Kwasa Land Sdn. Bhd. yang didakwa 80 peratus sahamnya dimiliki oleh KWSP.

"Kerajaan akan memacu pertumbuhan dengan pelaburan yang besar dalam sektor hartanah dan pembinaan kali ini adalah menggunakan wang rakyat KWSP melalui syarikat yang disebutkan tadi iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. Yang dipersoalkan apabila satu projek besar tidak dibuat dalam tender terbuka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan ternyata tidak mengotakan janji mereka apabila masih tidak menggunakan tender terbuka dalam sesuatu projek walaupun Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak menyatakan komitmen untuk menawarkamemastikan ianya dibuat melalui tender terbuka.

"Perdana Menteri telah pun menyatakan komitmen beliau dalam Rancangan Malaysia ke-10 supaya ianya dilakukan secara telus dan dalam bentuk tender terbuka sebagai satu pendekatan.

Soalan saya mengapakah diulangi terus urusan tadbir seperti ini. Mengapakah terus terusan berlaku percangahan daripada apa yang disebutkan dengan apa yang diamalkan?" soalnya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan rasional kementerian untuk memajukan hartanah secara joint-venture' bersama KWSP tanah sejumlah 3000 hektar
di Sungai Buloh, sementara mengikut laporan Pusat Informasi Hartanah Nasional (NPIC) Kementerian Kewangan terdapat 'property overhang' bernilai RM5.3 bilion, yang berpotensi mencetuskan belon hartanah atau 'property bubble'.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dalam jawapannya memberitahu, KWSP dipilih sebagai peneraju kepada cadangan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh berasarkan kepada kedudukan kewangannya yang kukuh.

Property overhang yang bernilai RM5.3 bilion merupakan jumlah nilai hartanah yang belum dijual di seluruh negara untuk suku terakhir 2009 dan bukannya bagi kawasan Lembah Kelang sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan