Timbalan presiden parti itu Senator Syed Husin Ali berkata, beliau telahpun melihat edisi baru tabloid mingguan itu.
Menulis dalam Twitter malam tadi, Syed Husin juga berkata beliau mahu melihat apakah tindakan KDN selepas ini, atas kedegilan PKR menerbitkan akhbar tersebut.
"(Suara) Keadilan terbit petang tadi (semalam). Sudah diedar ke semua negeri melainkan Sabah Sarawak," tulisnya.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini mengancam untuk mengambil tindakan ke atas akhbar itu sekiranya ia tetap diterbitkan tanpa permit.
Akhbar itu antara lain di muka depannya membangkitkan kemungkinan Kementerian Dalam Negeri berniat jahat dalam tidak memperbaharui permit.
Ia juga terus mendedahkan kepincangan-kepincangan dalam Felda termasuk pelaburan bernilai ratusan ribu ringgit yang akhirnya merugikan.
Suara Keadilan sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda)berikutan dalam edisi sebelumnya menyiarkan laporan bertajuk "Felda Bankrap."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan