Sah, Umno Selangor berpecah!

YB Iskandar Abdul Samad
Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru. Begitulah pepatah Melayu. Perpecahan di dalam Umno Selangor tidak dapat lagi disembunyikan walau apa yang dilakukan.

Mula-mula heboh Adun Seri Serdang, Satim Diman, akan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau juga adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor.

Menurut laporan, di dalam satu mesyuarat perhubungan Satim, Bendahari Perhubungan dan seorang lagi pimpinan tertinggi perhubungan telah tidak hadir. Perkara ini telah membuat khabar angin bertiup kencang.

Sekarang naik pula kain rentang oleh Pemuda Umno Selangor yang menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak.

Beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Selangor. Pimpinan Umno Selangor terlalu hampas sehingga Najib terpaksa melantik dirinya sendiri.

Pokoknya, adakah ini bermakna ada ahli-ahli Umno di Selangor yang tidak menyokong Najib? Kumpulan siapa pula tu? Kumpulan Satim? Kumpulan Shukor? Kumpulan Subhan?

Mungkin Timbalan Ketua Perhubungan, Noh Omar, lebih mengetahui. Noh juga yang menulis di dalam blognya, "Hati-hati dengan musang berbulu ayam".

Jelas sekali jika digali semua pasir di Selangor sekalipun, masalah Umno Selangor tidak akan dapat dikambus.

YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan