SENSASI! Lee Kuan Yew: Bangsa Melayu PEMALAS dan kurang berkemampuan!

dewa
Korang takyah bacalah artikel ni, buat sakit hati aje. Artikel membincangkan sikap malas korang, pertemuan Lee Kuan Yew dengan Tok guru dan sikap Tun Mahathir. Dalam sebuah buku baru tahun 2010 bertajuk 'Conversations with Lee Kuan Yew', tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas keyakinannya bahawa bangsa Melayu adalah suatu bangsa pemalas.

yang kurang berkemampuan (mukasurat 53). Artikel membandingkan secara panas pendapat 'racist' Lee Kuan Yew dengan Tun Mahathir.

Kata Lee Kuan Yew : 'We could not have held the society together if we had not made adjustments as to the system that gives the Malays, ALTHOUGH THEY ARE NOT AS HARDWORKING AND CAPABLE AS THE OTHER RACES, a fair share of the cake' (mukasurat.53).

PENDEK KATA, orang Melayu diyakini oleh Lee Kuan Yew sebagai bangsa yang pemalas. Penulis perlu melihat dari beberapa perspektif.

Pertama, marilah kita lihat dari aspek agama. Kita yang dikatakan 'pemalas' ini sembahyang lima kali sehari. Yang pertama iaitu Subuh pada awal pagi, ketika majoriti masih tidur, dan yang kelima pada waktu malam. Dari sudut agama, kita juga sembahyang jemaah setiap Jumaat sehinggakan jalan-jalan sesak dengan kereta yang parking merata-rata.

Disebalik sikap Melayu yang dikatakan pemalas, kita berkeyakinan penuh bahawa kita akan masuk ke syurga kerana kita beragama Islam. Jadi, disebalik semua retorik sahabat karib Israel ini, di sebalik semua bangunan tinggi di Singapura dan poket yang kembang, kita yakin kita yang untung dan lebih rajin.

MESKIPUN begitu, kita jangan lupa bahawa nabi pesan agar kita jangan abaikan dunia. Jangan lupa berniaga dan mencari habuan dunia secara halal. Kekayaan dan sikap positif pedagang Arab dulu menyumbang kepada kemasukan beramai-ramai kaum Melayu ke dalam agama Islam.

Penulis menambah bahawa sikap malas kaum Melayu dalam bekerja dan belajar memang kronik. Memandangkan penulis banyak menghabiskan masa di luar negara, penulis berani mengesahkannya. Sewaktu di Tokyo, penulis mendapati ramai yang membaca buku dalam keretapi. Dari stesen Ginza sampailah stesen Shinjuku, semua rajin membaca.

Penulis juga teringat sikap malas dan terhegeh-hegeh golongan Melayu. Suka berseronok, kuat mendengki dan suka mengadu domba. Rakan-rakan Pakatan juga kebanyakannya suka mengkritik Bn dan UMNO tanpa berusaha mencari alternatif dan penyelesaian konstruktif. Apa pun, syabas kepada kaum Cina dan India yang berani beramai-ramai menolak UMNO dan BN.

Ini berbeza dengan majoriti Melayu seperti di Johor yang begitu yakin bahawa UMNO merupakan 'pemberi rezki mereka'. Ancaman ustazah Mashitah bahawa Melayu akan mundur tanpa UMNO menjadi umpama ratib bagi mereka.

Penulis teringat pertemuan Tok Guru dengan Lee Kuan Yew di mana Tok Guru memberi jaminan akan berlaku adil kepada semua kaum selaras dengan tuntutan Islam apabila Pakatan memerintah Malaysia kelak.

Penulis juga teringat Tun Mahathir yang sentiasa menampilkan diri sebagai jaguh Melayu tetapi pada masa yang sama sentiasa mencerca orang Melayu yang menyokong Pakatan, baik di kampung dan di bandar, dan sentiasa menuduh Anwar peliwat seolah-olah Tun Mahathir ada di sebelah dan melihat sendiri Anwar meliwat mana-mana bontot. Berdosa besar tau main fitnah-fitnah sebegini.

Apa pun , Lee Kuan Yew tidak menzalimi bangsa sendiri.

Wassalam.

ps: Korang pun rajin-rajin la sikit. Jangan asyik berhibur aje. Doa aku mengiringi korang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan