Dakwanya, apabila menyedari berlaku kecurian elektrik di unit kediamannya dan sebuah lagi unit, dia dihumban ke penjara apabila cuba mengadu kepada pihak berkuasa pada tahun 2008.
“Apa yang telah berlaku kepada semua laporan yang saya buat. Saya tidak mendapat apa-apa maklumat daripada polis...adakah masalah saya akan diselesaikan?” soal Faizzal.
“2009 telah berlalu dan kini tahun 2010. Masalah kami belum selesai...TUDM terus membuat spekulasi tentang aduan saya dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan tidak mengisi dokumen program penamatan perkhidmatan,” katanya kepada Malaysiakini.
Me
“Saya telah mengadu kepada komander di Pangkalan Tentera Udara di Kuching dan juga kepada ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur dan membawa perkara itu kepada kementerian pertahanan dan Sesco, tetapi masalah kami tidak selesai,” kata isterinya Che Murni Dara Mat Zain.
“Menurut penjelasan yang diberikan oleh Sesco (Sarawak Electricity Supply Corporation), kesulitan bekalan elektrik kami timbul akibat masalah antara TUDM dan kontraktor bangunan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan