Najib Kes nya sudah diketahui 1dunia, kalau dia nak tutup pun hanya untuk pasaran 1malaysia saja. Di luar negara dia tidak boleh berbuat apa–apa. Siapa yang dia nak rasuah kat luar negara, sepertimana ia boleh merasuah semua kepala kat 1Malaysia, samada Ketua Polis ke Ketua SPRM ke, Ketua Mufti ke, Ketua SPR ke, Ketua parti dia dan komponen BN ke , dan semua ketua–ketua lain kat negara 1Malaysia ni? Adakah Najib mampu rasuah Presiden Peranchis, Nicholas Sarkoy? atau Presiden US Barack Obama?
Tapi dengan menghantarkan Chegubard ke Kamunting, rasanya Najib tidak akan tergamak untuk arahkan sepupunya iaitu Hishamuddin untuk berikan signal kepada KPN supaya tangkap dan heretnya ke Kamunting dalam masa terdekat ini. Kesannya sangat buruk. Tidaklah elok kalau–kalau Najib dengan bantuan kumpulan pemikirnya, tersalah nasihat dan beri arahan kat Najib supaya tahan Chegubard kat Kamunting, jangan dijolok sarang tebuan!!!
KJ
Beliau dirasakan mempunyai kepentingan yang amat besar ke atas Chegubard ni. Nyawa, maruah, miss, visi dan segala–galanya ada di Rembau. Buat masa ini, dan untuk sekurang–kurangnya 3–4 kali PRU lagi, Rembau sangat penting dan bermakna untuknya. Kata orang mati dan hidupnya di sini.
Jadi sekiranya ada tindakan Najib untuk mengarahkan Hishamuddin melalui KDN menghantar Chegubard ke Kamunting, dikira bonus berganda bagi KJ. “Shukur Alhamdulillah kerana Najib ‘terpaksa’ menyelamatkan aku lebih daripada untuk menyelamatkan dirinya “ mungkin begitu kata KJ. Tahniah Najib!!!
Akan diikhtiarkan walau dengan apa cara sekali pun untuk beliau menyelamatkan kubu terakhirnya di Rembau. Penahanan dan penyiasatan berterusan pihak polis bagi pihak Najib, UMNO dan BN ke atas Chegubard adakah merupakan permulaan kepada siri-siri penahanan ke atas pemimpin–pemimpin Pakatan Rakyat, menjelang PRU-13 sebagai langkah–langkah terakhir menyelamat Putrajaya, sebagaimana tindakan penahanan dan menyekat ke atas akhbar Suara Keadilan, Harakah dan Roket minggu lalu. KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan