Apabila Pencetus Huru-Hara Digelar Wira (Mesti Baca!!)

edyesdotcom
GEORGE TOWN, 8 Ogos: Datuk Ahmad Ismail yang memutuskan untuk tidak bertanding semula pada pemilihan baru, yang khusus diadakan bagi membolehkannya kembali sebagai Ketua Umno Bukit Bendera, dikurniakan gelaran Wira Bangsa Melayu dan Bintang Perkasa Melayu Jati, hari ini

Mari kita imbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh seorang pemimpin UMNO untuk mendapat gelaran'Wira Bangsa Melayu'
di sini dan juga di sini.

Hari ini, kita tidak merasa hairan apabila seorang pemimpin UMNO yang pernah menjadi pencetus isu perkauman telah dikurniakan gelaran 'Wira Bangsa Melayu', kerana kita sudah sedia maklum bahawa hanya dengan menggunakan isu perkauman, parti ketuanan malayu akan terus survive. Kemuncaknya, Orang-orang cina dikatakan 'kaum pendatang' dan gambar seorang pemimpin berketurunan Cina dikoyak dengan penuh emosi.

Ini adalah pencetus perkauman ! Racist !! Rakyat bakal menjadi mangsa sekiranya berlaku provokasi balas dari kaum Cina pula, sedangkan pemimpin bertanggungjawab akan menghilangkan diri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin pembangkang akan dihumban ke penjara tanpa bicara Kamunting sepertimana yang berlaku pada ops lalang akhir 80an.

Sebelum ini juga kita rakyat Malaysia menjadi saksi betapa sekumpulan pencetus perkauman hanya dikenakan hukuman yang cukup ringan iaitu seribu serba satu. Walhal peristiwa memijak kepala lembu di hadapan SUK Selangor yang merujuk kepada isu kuil ketika itu sedikit sebanyak mengguris perasaan penganut agama hindu di negara ini, kerana lembu adalah haiwan suci bagi penganut hindu. Dengan memijak kepala lembu tersebut, apakah yang bakal berlaku sekiranya kaum hindu membalasnya dengan memijak naskah suci agama kita?

Kaum hindu sering menganggap mereka adalah minoriti tertindas, keterdesakkan yang melanda kehidupan pasti mendatangkan emosi lantas huru-hara pergaduhan antara kaum mudah meletus di kalangan mereka sekiranya dicucuk-asak oleh parti sempit perkauman.

Mujurlah keakraban dan istiqomah yang wujud di antara Melayu, Cina dan India dalam memerangi provokasi dari parti racist, berjaya mematahkan sebarang cubaan untuk mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei. Rakyat semakin matang dalam menilai umpan-umpan yang sudah lapok ditajur oleh gerombolan yang semakin terdesak. UMNO tidak punya banyak pilihan untuk mengembalikan sokongan orang melayu selain daripada kesempatan yang di ambil sekiranya huru-hara berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan