Bekas tahanan ISA gagal kekalkan pampasan RM2.5 juta

Debra Chong
PUTRAJAYA, 12 Ogos:
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Abdul Malek Hussin gagal dalam rayuannya untuk mendapatkan semula ganti rugi RM2.5 juta ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan Mac lalu.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Tan Sri Alauddin Sheriff secara sebulat suara menolak rayuannya dan mengarahkan dia membayar kos RM20,000.

Pada Mac lalu, Mahkamah Rayuan menolak tuntutan saman sivilnya terhadap polis dan kerajaan kerana penderaan serta penahanan secara salah pada 1998.

Ekoran keputusan Mahkamah Rayuan itu, Abdul Malek, 53, bukan sahaja gagal mendapat pampasan kewangan itu yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 2007, tetapi juga diarah membayar kos litigasi sebanyak RNM50,000.

Abdul Malek ditahan selama 57 hari itu dan dibebaskan pada 21 Nov 1998.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan