BN Memperlekehkan Khatib mendoakan Non-Muslim mendapat hidayah

ex-IPT
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC) membidas tindakan khatib yang menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa pada khutbah Jumaat seperti yang dilaporkan berlaku di negeri itu baru-baru ini. Setiausaha BNBCC, Datuk Ismail Abdul Muttalib menegaskan, tindakan khatib itu yang turut tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa khutbah Jumaat yang disampaikannya jelas satu perbuatan sangat biadab dan mengaibkan.

Katanya, tindakan khatib terbabit bukan sahaja menggambarkan kedaifan ilmunya sendiri tetapi juga membuktikan ada umat Islam yang sanggup menjadikan diri sebagai alat dan diperkudakan pihak lain.

''Dari segi syariat Islam adalah haram mendoakan kesejahteraan kepada orang bukan Islam apa lagi dalam bacaan doa khutbah Jumaat yang dikhususkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Melayu," katanya.

Penjelasan PAS

GOMBAK 22 Ogos - Dewan Pemuda Pas Pusat mempertahan tindakan khatib jemputan, Zakaria Ahmad, yang mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa khutbah Jumaat di beberapa daerah di negeri itu.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, tiada salahnya bagi umat Islam memohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada Guan Eng supaya menerima Islam walaupun dalam khutbah Jumaat.

"Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan agar orang-orang kafir diberi hidayah agar memeluk Islam. Jadi dari segi hukumnya, tindakan Zakaria tidak salah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nasarudin berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Zakaria yang juga ahli Pas bahawa beliau bukan khatib pertama yang membaca doa tersebut sejak dua tahun lalu.

Ulasan

BN yang diketua oleh UMNO telah memperlekehkan keilmuan seorang khatib yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Bagaimana nak mendakwah sedangkan khatib yang mendoakan non-muslim mendapat hidayah telah dikutuk dan dibidas di dalam Media...nak harapkan UMNO berdakwah pada non-muslim? Soi Lek sepatutnya di dakwah terlebih dahulu daripada Lim Guan Eng supaya dapat melihat Islam secara keseluruhan dan Islam yang memonopoli perkembangan peradaban terdahulu...

Isu menggantikan nama Yang Dipertua Agong merupakan isu yang dimanipulasi oleh UMNO bagi menghalalkan penghinaan kepada kerajaan negeri PP. Diharapkan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang mengheretkan Yang Dipertuan Agong ke dalam permainan politik murahan ini....Setakat ini, belum dibuktikan dengan sahihnya khatib tersebut menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng..hanya khatib menambah nama KM tersebut supaya mendapat hidayah kerana beliau memerintah PP dan memberi kebaikan kepada orang Islam...TIADA PENGGANTIAN NAMA...ISU DIMANIPULASI OLEH POLITIK MURAHAN UMNO..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan