Hari Raya tak ada mercun?Tak ada meriam buloh?Mana boleh??!!

cucupakkasim
Kadang-kadang bila kita bermain bunga api, mercun dan yang paling 'famous' main meriam buloh yang tujuannya untuk meng 'happening' kan dan bergembira menyambut kedatangan syawal, merupakan satu bencana bagi sesetengah orang.

Ada rumah yang terbakar, ada budak-budak yang hilang tiga empat jari, ada budak-budak yang buta mata mereka dan tambah sedih bila ada budak-budak yang hilang nyawa. Semua ini gara-gara bunga api, mercun dan meriam buloh.

Ini semua adalah sebahagian daripada resam dan rutin tahunan menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri. Cerita-cerita sedih ini akan bermula seawal menyambut Ramadan dan bila masuk ke pertengahan puasa hingga lah ke hujung-hujung Ramadan, cerita duka akibat bunga api, mercun dan meriam buloh akan bertambah menjadi kerap, manakala kita pula sudah menganggap yang itu ada lah perkara biasa dalam menyambut Aidil Fitri.

Ahad lepas satu letupan besar (bunyinya mengalahkan bom!) telah menggegar dan mengejutkan sebuah kampong di luar Kuala Terengganu. Seorang budak umur 6 tahun mati dan 2 lelaki dewasa cedera parah.

Kejadian berlaku ketika mereka sedang memungah dan menyusun kotak-kotak bunga api dan mercun di-sebuah rumah kayu @ papan. Rumah kayu @ papan itu hancur dan tiga buah rumah yang berdekatan mengalami kerosakan.

Kemusnahan harta benda, kecederaan dan kematian ini tidak sepatutnya berlaku.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata, mercun dan bunga api adalah tidak setabil dan tiada siapa boleh pastikan yang ianya selamat dan tidak akan meletup selagi belum dinyalakan sumbunya.

Jika dalam kuantiti yang banyak sepertimana kuantiti di Terengganu itu bergesel sesama sendiri atau terdedah kepada haba panas ..... BOOM !!! ia boleh meletup tanpa perlu dinyalakan sumbunya.

Selepas kejadian di Terengganu itu, macam biasalah, maka muncul lah hero-hero kampong yang mendesak kerajaan agar mengharamkan penjualan bunga-bunga api dan mercun ini serta main meriam buloh.

Buat lah undang-undang macam manapun, cakap lah hukuman apa pun yang akan diterima jikalau kita menjual bunga-bunga api dan mercun ini, ia tetap akan berada dipasaran secara terbuka, terutamanya ketika tibanya musim-musim perayaan.

Kalau semakin dekat hari nak raya, bertambah-tambah meriah dengan ada penjual yang membakarnya secara terang-terang dan terbuka dikawasan jualan mereka dengan tujuan untuk menarik perhatian pembeli-pembeli, pasar-pasar malam terutama.

Apa pun tragedi yang telah terjadi, itu sudah suratan takdir dan sudah tertulis di Loh Mahfuz.

Yang pastinya ialah, hari raya kalau tak ada bunga api, tak ada mercun dan tak main meriam buloh bukan lah hari raya namanya. Sunyi, boring!

http://dollahyankee.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan