Tok Pepijat
Hebat politik Mufti Perak dan Presiden MCA. Mereka berdua saling "bertukar baton" demi menghidupkan api perkauman rasis.Selepas Chua Soi Lek membawa 13 resolusi MCA, Harussani pula membawa perkhabaran tentang "perlembagaan baru". Semacam ada"pakatan psikologi" mereka berdua walaupun saling bertentangan agenda.
Sebelum ini Soi Lek mengancam orang Cina tentang PM daripada PAS,manakala Harussani dengan "perpaduan UMNO-PAS".
Selepas umpanan Soi Lek tidak menjadi untuk menarik perhatian kaum Cina agar menjauhi PAS, beliau cuba pula "bergaduh" dengan TPM Muhyiddin dan Menteri KDN Hishamuddin berkaitan 13 resolusi MCA. Lagak Chua Soi Lek adalah bayangan Lee Kim Sai dahulu.
Soi Lek begitu licik berpolitik. Beliau punya banyak umpan. Sekurang-kurangnya jika tidak semua termakan umpanannya,biarlah satu akan mengena. Beliau perbanyakkan umpan agar rakyat melupakan kisah pornonya dahulu.
Manakala Harussani semakin galak berpolitik dan hampir bakal bergelar"pengembala kambing". Sudah dua kali beliau memperolokkan fikiran rakyat Malaysia. Pertamanya, tentang perjumpaan dengan PJ PAS Dato' Hasan Ali.Beliau menghebohkan seolah-olah pimpinan PAS begitu teruja dengan beliau agar menjadi orang tengah.
Terkini, sekal lagi Harussani memperbodohkan minda rakyat Malaysia dengan isu perlembagaan baru. Hebatnya Hrussani jika dulu beliau"perasan" sebagai orng tengah pendamaian UMNO-PAS kini beliau sebagai "penyelamat" Malaysia agar tidak berlaku perang besar dengan merahsiakan "parti tertentu" yang membuatnya.
Pepatah ada mengata, "anda boleh tipu orang dalam satu masa, tetapi anda tidak boleh tipu orang dalam semua masa".
Lagak dan aksi Harussani memalukan dan menjatuhkan Institusi Mufti seluruh Malaysia.Tanggalkan jubah anda dan masuk UMNO

Tiada ulasan:
Catat Ulasan