Perhatikan ketika Mufti Perak Harussani membuat kenyataan tentang perpaduan UMNO-PAS dan pertemuan pimpinan PAS Hasan Ali dengannya dan dalam waktu yang sama UMNO Selangor menyerang Kerajaan Selangor dengan isu pasir.
Perhatikan gerak Harussani dengan UMNO Selangor serentak.
Perhatikan gerak Harussani dengan UMNO Selangor serentak.
Apa tujuan dan motif Harussani menyebut tentang perpaduan UMNO-PAS ? Dan dalam masa yang sama UMNO menyerang Kerajaan PKR tentang isu pasir?
Keduanya berpakat. Keduanya berkerjasama untuk jatuhkan Kerajaan Selangor. Pengalaman Harussani bersekongkol menjatuhkan Kerajaan Perak pimpinan MB Nizar Jamaluddin digunakan untuk jatuhkan kerajaan pimpinan MB Khalid Ibrahim.
Harussani dengan bijaknya bermain kata-kata, "Mana mungkin Mufti menipu ?". Tujuan beliau mewarwarkan tentang perpaduan dan pertemuan dengan Hasan Ali mempunysi serampang dua mata.
Pertama, agar timbul perpecahan di kalangan ahli PAS. Satu kumpulan sokong Hasan Ali dan satu lagi menentangnya.
Kedua, agar timbul perpecahan antara PAS dan PKR apabila isu perpaduan UMNO-PAS di sensasikan di media massa.
Hebat kan kerja mufti ini yang pernah jadi SB. Anggaplah ayat keramatnya, "Mana mungkin Mufti menipu" sama seperti ayat mitos," Hanya UMNO pembawa kemakmuran kepada orang Melayu".
Terkini, UMNO Selangor rehat seketika pada bulan Ramadhan. Harussani juga rehat seketika. Lepas raya nanti, kita tunggu "buah" apa pula yang bakal diperkatakan Harussani.
Tiada yang menghairankan. Jika Abdullah bin Ubai dan pengikutnya boleh solat di belakang Rasulullah apatah lagi orang yang bergelar "ulamak"dan "mufti"..........
pada tok mufti... doktor pun sepol leh kata tipu... takan mufti takleh menipu... Kalau tok mufti nih nabi takpelah... orang percaya je cakap tok mufti nih...
BalasPadam