Najib sudah pening kepala dengan karenah negeri – negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Satu persatu isu – isu sensitif yang mencabar kuasa Putrajaya , wujud dan timbul kini. Terkini soal pemakaian dinar emas dan perak Kelantan.
Walau apa pun nama dan gelaran yang diberikan , ia merupakan titik permulaan , langkah pertama bagi menolak penggunaan RM , atau USD atau lain – lain mata wang , dalam perjalanan yang sangat panjang dan sukar ini.
Kerajaan Pas Kelantan hari ini melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mata wang syariah tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar ini untuk transaksi perniagaan.
Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan oleh Bank Negara.
"Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan.
Tetapi , walaupun belum cukup 24 jam Kerajaan Pusat sudah membuat ulasan keras "Pengeluaran Dinar dan Dirham bercanggah peraturan pusat " bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.
Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini,Walaubagaimanapun, menurut Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama semalam berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak Kelantan
Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu.
"Siapa yang kata (ini matawang). Kita tidak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang,”.
Katanya lagi, beliau hadir ke majlis pelancaran tersebut semalam dan tidak mendengar menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan emas dan perak itu sebagai matawang.
"Mungkin (Bernama) terlalu terkejut dengan berita itu dan hendak buat sensasi. Kita pun tak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi nilainya itu ada,".
Jelaskan, dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan."Di mana-mana negara pun, (pertukaran barang) ini dibenarkan. Contohnya kalau seseorang itu ada wau, dia hendak gunakan untuk tukar dengan beras. Kalau ada orang setuju, dia bolehlah guna untuk tukar dengan beras
Nota
Najib sudah pening kepala dengan karenah negeri – negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Satu persatu isu – isu sensitif yang mencabar kuasa Putrajaya , wujud dan timbul kini. Terkini soal pemakaian dinar emas dan perak Kelantan.
Walau apa pun nama dan gelaran yang diberikan , ia merupakan titik permulaan , langkah pertama bagi menolak penggunaan RM , atau USD atau lain – lain mata wang , dalam perjalanan yang sangat panjang dan sukar ini.Kalau tidak dimulakan langkah ini , bila ianya akan bermula ?.
Walaupun dengan jangkahan yang pendek tetapi penuh bermakna. Kerajaan Pusat , walaupun dalam keadaan tidak bersetuju , akhirnya terpaksa mengikuti rapat , kalau tidak sekiranya keempat – empat negeri Pulau Pinang , Kedah dan Selangor menerima pakai apa yang sudah diterokai oleh Kelantan , bermakna separuh dari transaksi kewangan dalam negara 1Malaysia Najib sudah tidak berpaksi di BNM lagi.
Apa akan jadi dengan negara 1Malaysia nanti ? Adakah US akan menyerang negara kita kerana USD akan sudah kurang penggunaannya ?
Mungkin langkah Najib dengan nasihat penasihat – penasihatnya yang sudah pendek akal kini , ialah dengan menyerang Kelantan ?. Adakah kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan TGNA akan ditumbangkan dalam PRU 13 nanti , melalui pelbagai kaedah dan cara ?
Itu adalah pilihan yang ada pada Najib !!! Beliau tidak boleh menolak kemungkinan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan