Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO/BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN Komtar dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-
1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat 3 Komtar meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.
2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat 4 untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.
3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya.
Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.
DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO/BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk ‘survival' politik jahat UMNO/BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti melayu. Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO/BN yang terus sombong walaupun sedang ‘nazak'.
Disediakan oleh
Ust.Yusni Mat Piah
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan