Jenazah perasuah tidak wajar disembahyangkan?

nurdin
Sambil menganggap amalan rasuah sebagai kejahatan kemanusiaan yang luar biasa, Malik mengambil pendirian itu berdasarkan tindakan Rasulullah saw sendiri tidak memyembahyangkan jenazah seorang sahabat yang gugur di medan perang. Di Indonesia, kini pengamal rasuah menerima ancaman baru - alim ulama di negara itu diminta tidak menyembahyangkan jenazah mana-mana pengamal rasuah!

Seruan itu datang daripada satu daripada perkumpulan ulama terbesar negara berkenaan dan antara yang tersohor di rantau ini, iaitu Nahdlatul Ulama (NU).

Seruan yang disampaikan Katib Am Syariah NU, Malik Madani ketika melancarkan buku 'Koruptor itu Kafir', semalam, mendapat liputan meluas media Indonesia, termasuk laman berita popular dan majalah online negara itu seperti detiknews.com, inilah.com dan esqmagazine.com.

Di Indonesia, perasuah lebih dikenali sebagai 'koruptor'.


PERASUAH... Wajarkah jenazah perasuah disembahyangkan?

Sambil menganggap amalan rasuah sebagai kejahatan kemanusiaan yang luar biasa, Malik mengambil pendirian itu berdasarkan tindakan Rasulullah saw sendiri tidak memyembahyangkan jezanah seorang sahabat yang gugur di medan perang.

Ketika itu, Rasulullah saw meminta orang lain menyembahyangkan jenazah berkenaan menyebabkan para sahabat lain kehairanan lalu mereka bertanya kepada baginda apa alasannya enggan menyembahyangkan jenazah terbabit.

Nabi Muhammad lalu menjawab bahawa ia kerana jenazah itu telah menggelapkan harta rampasan perang. Setelah diperiksa, ditemui manik-manik berharga tidak lebih dua dirham.

Seruan Malik itu ternyata mengundang reaksi pelbagai. Detiknews.com melaporkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyokong saranan itu, tetapi tidak bercadang mengeluarkan fatwa mengenainya.

Sementara itu, satu lagi kumpulan ulama Indonesia, Muhammadiyah berpendapat, menyembahyangkan jenazah hukumnya wajib, termasuklah untuk pengamal rasuah.

"Memang ada fatwa ulama NU yang meminta seperti itu (supaya tidak menyembahyangkan jenazah perasuah). Tetapi, Muhammadiyah tidak seperti itu kerana menyembahyangkan jenazah tetap fardhu kifayah," kata Ketua Umum PP Muhammadiyah, Din Syamsuddin.

Inilah.com pula melaporkan Pimpinan Pemberantasan Korupsi (KPK) negara itu, Mochamad Jasin berpendapat, rasuah memang kejahatan yang ketara menyusahkan dan 'memelaratkan' masyarakat.

Justeru, padanya, tidak menghairankan apabila masyarakat umum mencadangkan agar jenazah perasuah tidak perlu disembahyangkan.

Bagaimana pula pendirian kita di Malaysia?

Seruan tokoh NU itu adalah berdasarlan hadis Nabi saw. Dan hadis itu sendiri boleh dilihat dalam konteks lebih luas kerana jenazah yang baginda tidak mahu sembahyangkan itu ternyata terbabit dengan soal 'penyelewengan', bukan rasuah semata-mata.

Jika hadis itu menjadi sandaran, selain perasuah, bagaimana pula dengan jenazah individu yang terbabit mengamalkan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa?

-inimajalah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan