Nampaknya Pendidikan Sex akan diajar di sekolah-sekolah di Malaysia ini. Tapi dia tak panggil Pendidikan Sex, tukar sikit nama, dipanggil Pendidikan Reproduktif dan Sosial. Sudahkah Mufti, JAKIM, Jawatankuasa Fatwa mengkaji modul Subjek Pendidikan Reproduktif dan Sosial ini ? Jangan lengah, lakukan segera sebelum terlambat.
Adakah salah satu topik Pendidikan Sex di sekolah ialah macamana hendak melakukan hubungan sex tanpa melahirkan anak luar nikah ? Guna kondom, guna pil perancang keluarga, sex ringan-ringan dan sebagainya ?
Tak cukup lagi ke macam-macam bala dah turun di Malaysia ini ? Denggi, H1N1, Chikungunya, Malaria, KENCING TIKUS (Pahang, kini di Kedah) yang susah nak sebut nama saintifiknya dan macam-macam lagi ?
Tak payah sibuk pendidikan Sex lah. Remaja kita di sekolah tak dididik dengan solat wajib 5 waktu tepat pada masanya. Macamana mereka nak tahu dosa dan pahala ? Usahkan sembahyang, mengucap dua kalimah syahadah pun ramai remaja kita yang kantoi.
Pelik bila Ketua Menteri Melaka nak tubuh sekolah pelajar termengandung agar mereka diasingkan dan tidak terlibat dengan dosa membunuh, ramai yang membantah, termasuk segelintir pimpinan PAS peringkat negeri. Bila Ketua Menteri Melaka nak galakkan pelajar yang tak boleh kawal nafsu untuk berkahwin pun ada suara yang membantah.
Tapi bila Pendidikan SEX nak dilaksanakan di sekolah dan diberi nama Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) SEBAGAI MATAPELAJARAN TERAS semua pihak senyap. JAKIM masih sibuk dengan ESQ, Mufti pula sibuk dengan Perpaduan Melayu sedangkan Puteri dan Wanita UMNO tak berpadu dengan Ketua Menteri Melaka juga UMNO isu pelajar kahwin secara halal, PKR sibuk dengan Altantuya, PAS sibuk nak , entahlah.
*******************************
KEMENTERIAN KAJI CADANGAN JADIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF MATA PELAJARAN
PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803
WABAK KENCING TIKUS: TIGA KAWASAN PERKELAHAN DI KEDAH TUTUP SEMENTARA
ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini.Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518905
Tiada ulasan:
Catat Ulasan