Pesuruhjaya kehakiman Asmabi Mohamad menetapkan 25 Ogos bagi mendengar permohonan Tharmendran bagi membatlakn pertuduhan itu. Tindakan itu bagi memberi masa kepada kedua-dua pasukan pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan dokumen berhubung penemuan saksi baru itu.
"Saksi itu akan beri keterangan bahawa penderaan fizikal memang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak tentera,” kata Surendran.
Katanya, pihak pendakwaan akan mendedahkan identiti saksi berkenaan apabila mahkamah mendengar permohonan Tharmendran pada hujung bulan ini.
Pihak pembelaan juga memohon mahkamah untuk 'campurtangan' dalam kes ini kerana Surendran mendakwa pihak pendakwaan menyalah-gunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan keputusan bersalah dengan segera.
Menurutnya, kali terakhir perkara itu dilakukan pada 21 Jun, apabila seorang timbalan penguasa polis yang ditemani seorang lagi pegawai menyoal siasat Tharmendran,yang sekarang ini ditahan reman di penjara Sungai Buloh.
"Ini membuktikan pihak berkuasa mengunakan taktik kotor untuk mendapatkan pengakuan bersalah. Mereka paksa Tharmendran untuk membuat kenyataan berhubung seksaan dan menyoalnya berhubung kecurian enjin jet,” katanya.
"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini - di mana seseorang disoal-siasat selepas dia didakwa. Kami mohon mahkamah untuk campurtangan kerana Tharmendran tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.”
Tharmendran berdepan dengan tuduhan mencuri dan bersubahat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan