Malaysia Sambut Tetamu Dengan Arak

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Saya rakamkan gambar-gambar ini beberapa minggu lalu sejurus memasuki pintu masuk KLIA. Telah lama saya menyedari perkara ini tetapi sering terlepas peluang untuk merakam gambar tersebut sehinggalah baru-baru dalam saya berkesempatan untuk merakam gambar ini dalam perjalanan pulang saya dari kota Kaherah Mesir.

2. Sebagai seorang muslim saya sangat rasa malu dan terhina dengan cara negara Malaysia yang rata-rata pemimpin mereka adalah melayu muslim. Cara ini lebih bermaksud memalukan negara atau hanya untuk memberitahu dunia bahawa malaysia adalah antara destinasi arak terbesar dan terpenting dunia.

3. Kerajaan UMNO dan BN selaku pemerintahan negara ini telah menghina dan mencabar kewibawaan ummat Islam selaku penduduk majoriti negara ini apabila mereka menjadikan arak sebagai material untuk menyambut tetamu yang memasuki negara ini. Malangnya fenomena ini tidak mendapat perhatian JAIS dan MAIS begitu juga JAKIM.

4. Mereka panasaran apabila non muslim masuk surau sedang ia jelas tidak bercanggah dengan agama malah telah pun difatwakan oleh majlis Fatwa Kebangsaan bahawa non muslim diharuskan memasuki ruang solat di masjid atau surau asal sahaja mereka memelihara adab kesopanan serta tidak menceroboh tempat suci ummat Islam itu.
5. Sebelum ini Datuk Seri Najib sering menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan demikian jugalah kenyataan Yb Khairy Jamaludin. Persoalannya, negara Islam jenis apakah menjadikan arak sebagai minuman menyambut tetamu. Kalau pun ia untuk pelancung non muslim, saya tidak fikir mereka datang ke negara kita mencari dan meminum arak kerana di negara mereka, arak disalur melalui paip ke rumah mereka dan mereka bebas meminum arak beberapa tong sehari. Mereka tidak perlu ke Malaysia untuk mencari arak.

6. Apakah arak yang disusun atur sedemikian rupa untuk mempromosikan negara kepada tetamu tidak menimbulkan sedikitpun rasa jengkel di hati Ibrahim Ali, Khary Jamaludin dan Datuk Seri Jamil Khir. Sehingga mereka mampu diam dan tenang berbanding sikap mereka terhadap kes doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu MP Serdang memasuki surau.

7. Jelas apa yang berlaku hanyalah menonjolkan sikap hipokrit UMNO dan BN yang hanya mencari kepentingan politik saat terdesak ditolak oleh rakyat tanpa mereka sedari tindakan mereka ini lebih menelanjangkan maruah dan mendedahkan keaiban mereka.

8. Jika mereka benar-benar serius dan yakin terhadap masa depan agama dan ummatnya di negara ini, mereka sewajarnya bertindak segera untuk tidak lagi menjadikan minuman keras itu sebagai "juadah" menyambut tetamu. Malangnya mereka hanya mempamerkan kejahilan melampau [yang menimpa mereka] apabila mereka mahu bertindak tegas ke atas khatib yang mendoakan hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

9. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya kerajaan Malaysia [jika mereka sangat prihatian terhadap kesucian agama Islam] agar tidak lagi menjadikan ibu kepada segala maksiat dan dosa ini [arak] menjadi minuman utama negara yang pula dipromosi dan dihidangkan kepada tetamu.

10. Inilah malang apabila sesuatu tindakan hanya diambil berasaskan perkiraan dan perhitungan politik tanpa mereka mengambil kira asas ilmu Islam dan perlaksanaan syariat Islamiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan