Umno terus salah-guna masjid

Umno didakwa terus menyalah-gunakan masjid-masjid di negara ini untuk kepentingan politik mereka.

NONEAhli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang kesal dengan tindakan itu berkata pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut diperkudakan dan mereka mengamalkan sikap berat sebelah.

"Saya dimaklumkan oleh ahli karyah, dan terus ke sana. Saya bertanya kepada Pengarah Jawi, kenapa Umno dilibatkan secara langsung.

"Beliau berkata, tidak mengapa, saya ada bersama... Ini double standard yang wujud,” katanya yang merujuk kepada program "Bicara Pemimpin Bersama Rakyat" pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid yang terletak di sempadan antara Cheras dan Titiwangsa.

Pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabsyi dan pemangku ketua Umno Titiwangsa Johari Ghani telah menyampaikan ucapan.

Menurut Dr Lo'Lo' yang juga ahli parlimen Titiwangsa, berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, program tersebut adalah anjuran Jawi bersama dengan Umno Cheras dan Titiwangsa.

Selain itu, slot tazkirah Maghrib pada majlis itu juga disampaikan oleh seorang pemimpin pemuda Umno bahagian Cheras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan