Penyelesaian jangka pendek???

Aris Awang

Sinar Harian: Menurut perangkaan JAKIM terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini. Pada tahun 2007 sebanyak 16,100, tahun 2008 sebanyak 16,541, pada tahun 2009 sebanyak 17,303. Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan dalam tempoh lima tahun sehingga 2009 ialah 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ada sorang kawan dok kelui minta penyelesaian jangka pendek masalah anak luar nikah dan perzinaan dikalangan remaja yang semakin menjadi-jadi sekarang ini sementara menunggu Hukum Allah Taala (Hudud) dilaksanakan. Lontaran ideanya, itu sekali pandang nampak hebat dan terdepan, kerana tak mahu lagi hukum Allah hendak dilaksanakan (pasai apa aku tak tahulah?)

Katanya, perlu penyelesaian jangka pendek, kerana dah terdesak sekarang ini, jadi dia minta orang ramai tolong bagi idea macammana nak selesai, tapi jangan cakap pasai cara yang Allah Taala tunjuk, beri cara lain untuk jangka pendek ini.

Aku malas nak bagi idea, kerana As-Syahid Syed Qutb telah menulis di dalam Petunjuk Sepanjang Jalan (Yang sering diguna sebagai teks Usrah semasa awal Kepimpinan Ulamak dulu tahun 80án, sekarang mungkin tak sesuai dah kut?). Jika kita melayan seruan penyelesaian masalah jangka pendek itu, maka kita hanya akan berpusing-pusing di dalam hutan belantara tanpa ada kompas yang akhirnya kembali semula ketempat kita mula sesat.

Bila kembali ketempat sesat tadi, bukan setakat 81,000 anak luar nikah, tetapi mungkin sudah menjadi 250,000 orang!

Tulis Syed Qutb:

"Kita sekarang berada ditengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa dengan suasana jahiliyah yang ada pada zaman kedatangan Islam dahulu, malah lebih gelap lagi. Segala sesuatu disekitar kita ialah jahiliyah, konsep hidup manusia sekarang, akidah kepercayaan mereka, adat istiadat dan kebiasaan mereka, sumber pelajaran seni dan sastera mereka, peraturan dan undang-undang mereka, hinggakan banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam, buku rujukan Islam, falsafah Islam dan pemikiran Islam sebenarnya adalah hasil ciptaan jahiliyah!.

Oleh kerana itulah nilai Islam tidak tulus dan tidak hidup subur lagi di dalam jiwa kita, ajaran Islam itu tidak begitu terang lagi di dalam pemikiran kita, dan dikalangan kita sekarang tidak muncul lagi suatu generasi manusia hebat dari model yang dilahirkan oleh Islam di zaman Rasulullah saw.

Oleh itu, di dalam program gerakan ke Islaman, kita mesti membebaskan diri diperingkat permulaan, di peringkat taman asuhan kanak-kanak lagi, dari sebarang pengaruh jahiliyah. Kita mesti rujuk semula ke pangkal jalan, kepada sumber yang murni yang telah ditimba dan dicedok oleh orang-orang sebelum kita. iaitu sumber yang terjamin tidak bercampur baur dengan sumber yang lain. Kita mesti kembali semula kepadanya untuk mendapat ajaran mengenai hakikat wujud, terhadapnya dan juga hakikat wujudnya umat manusia ini dan pertalian dengan Allah swt. Dari situlah kita mengambil pandangan terhadap hidup dan kita mengambil nilai diri dan akhlak kita, serta kita mengambil panduan dalam program pemerintahan, politik, ekonomi, sosial dan segala aspek kehidupan kita.

Bila kita ingin merujuk semula kepada Islam, maka kita mesti berlajar untuk melaksanakannya, bukan dengan kaedah belajar untuk mengetahui, menjadi guru dan pensyarah serta sebagai penglipurlara dikuliah-kuliah. Kita merujuk kepadanya untuk mengetahui apa yang sebenar telah diminta oleh Al-Quran untuk kita lakukan, maka kita lakukan perkara itu, maka di dalam perjalanan itu kita akan bersua dengan kehebatan Al-Quran."

Apabila ingin mengambil langkah jangka pendek, teringat aku cerita seorang sahabat.

Satu hari TVnya rosak tak keluar gambar, dia bunyi syeeeeeeee........... bila buka.

Dia pun tepuk perlahan-lahan belakang TV. Tup! Keluar gambar....... OK... sekeluarga mereka dapat tengok TV semula, termasuk 3 orang anaknya yang masih sekolah rendah.

Selepas itu......... bila TV tidak keluar gambar......... dia akan mengetuk TV itu... maka gambar akan keluar.

Pada hari lain.......... dia tidak ada di rumah....... TV tidak keluar gambar...... anaknya yang bongsu ketuk TV bukan setakat tak keluar gambar.......... punah terus.

Kena beli TV baru.

Itulah penyelesaian jangka pendek........ bukankah mudah jika sejak mula lagi, beliau membuka buku manual TV, untuk dibaiki dan kalau tidak tahu rujuklah kepada tukang baiki TV.

Itu baru mesin ciptaan manusia, inikan pula kita manusia sebuah mesin biologi ciptaaan yang Maha Pencipta. Sudah tentu jika rosak kenalah merujuk kepada manual yang diberikan iaitu Al-Quran. Tiada jalan pintas lain dan tiada berfikir luar kotak yang lain

Kesimpulannya: Apabila ada masalah, terpekik terlolonglah mencari penyelesaian, jangka pendeklah, sederhalah dan sebagainya. Namun sedarlah hasil tidak kemana, kemusnahan dan kehancuranlah yang ditempa. Kembalilah kepada buku manual pencipta kita sebelum kehancuran yang lebih parah.

http://arisawang.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan