Puasa tapi tak Solat, Raya tapi tak Puasa

amkns
Apakah sah puasa orang tak solat ? Apakah sah raya orang yang tak puasa ? Hari Raya Puasa sehari atau sebulan ? Main mercun dapat pahala atau dosa ? Inilah soalan yang sering kedengaran walaupun kita dah nak menyambut 53 tahun merdeka. Masih ramai tak tahu yang mana lebih penting, solat, puasa, zakat atau raya ?

Maka tidak hairanlah Malaysia sekarang ini ditimpa pelbagai bala bencana, ribut taufan, kencing tikus, buang bayi, bakteria kuda, denggi, H1N1, AIDS dan sebagainya.

Perkara yang paling utama iaitu solat wajib 5 waktu tidak boleh nak selesai, dan majoriti umat Islam tidak faham keutamaan solat macamana kita nak bincang perkara lain , muammalat Islam, perbankan Islam, persijilan halal dan sebagainya.

Solat ialah perkara pertama yang akan dihitung atau disoal diakhirat nanti, kalau solat bermasalah, maka amalan lain juga akan bermasalah. Macam kita kena tahan polislah. Polis mula-mula tanya mana lesen, kalau lesen tak ada habislah. Polis tak tanya dulu geran kereta, insuran kereta, cukai jalan kereta, tayar cukup bunga ke tak dan sebagainya.

Jadi mari kita sama-sama menyeru kepada semua umat Islam terutama orang Melayu yang leka dengan Bazar Ramadan, persiapan raya, lagu raya, lemang, ketupat, rumah terbuka , mercun , mercun bola , bunga api dan sebagainya supaya utamakan solat 5 waktu terlebih dahulu.

Sebelum nak laksanakan pendidikan seks di sekolah rendah dan sekolah menengah, pastikan semua pelajar beragama Islam solat 5 waktu apabila mereka berada di sekolah. Di sekolah pelajar tak sembahyang, guru , jabatan dan kementerian pelajaran akan ditanya di akhirat, di rumah kalau pelajar tak sembahyang ibu bapa akan ditanya di akhirat.

**************************

Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhu

Berita Harian 23 Ogos 2010

PUASA tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa namun solat diabaikan. ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah, katanya.

Apa yang patut diserlahkan ialah Ramadan sebagai pesta ibadat bukan pesta makanan. Ini peluang Allah beri dan mesti dijaga elok-elok dengan mendidik orang Malaysia serta pelancong dengan pemandangan apabila Ramadan, kita semua penuhkan masjid, katanya./bharian.com

SOLAT MERUPAKAN AMALAN YANG MULA-MULA DIHISAB DI AKHIRAT

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."

(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

******************************

CEDERA DIHEMPAP KHEMAH

Utusan Malaysia 23 Ogos 2010

Sebahagian khemah yang menempatkan peniaga di bazar Ramadan berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang rosak teruk akibat dipukul ribut semalam. /utusan.com

KHEMAH BAZAR RAMADAN TERBANG

Berita Harian 23 Ogos 2010

KUANTAN: Lebih 30 peniaga Bazar Ramadan di depan Jalan Mahkota di bandar ini, terkejut dan panik selepas khemah utama yang menempatkan kira-kira 36 gerai diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba, ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, pengunjung Bazar Ramadan terbabit bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut. /bharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan