Berikutan kepada kenyataan Mahathir , iaitu pelabur tidak ada duit dan wang yang ada digunakan oleh pelabur untuk melabur dalam negara mereka sendiri , adalah diantara ikhtiarnya bagi menyekat kejatuhan kerajaan UMNO/BN yang dikendalikan oleh Najib selaku waris terakhirnya .
Walaupun idea dan pandangannya itu tidak cerdik , dan tidak ada pakar – pakar ekonomi boleh menghuraikan kewajarannya , hatta dengan pelbagai teori ekonomi makro atau mikro , teori – teori dahulu atau polisi – polisi regim ekonomi terkini , mereka pasti menolaknya.
Menurut berita kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.
Pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.
Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain . 1Malaysia projek Najib juga sudah dihentam Mahathir , disahut pulak oleh Muhyidin.
Catatan
Implikasinya sangat buruk. Dengan kurangnya wang baru masuk , ianya bukan saja memberikan kesan kepada kadar pertumbuhan ekonomi secara makronya , ia merencat pelbagai sektor seperti runcit , atau kesan langsung lain seperti kadar pengangguran akan meningkat , kadar jenayah akan bertambah. Manakala kesan mikronya pulak secara langsungnya poket rakyat 1Malaysia kering , kuasa beli menurun , dan sebagainya.
Kesan yang paling ditakuti oleh Mahathir , ialah bila mana kecairan wang dalam pasaran kurang , sehingga khabarnya BNM terpaksamencetak lebih banyak matawang dengan tidak mengikut kadar rezab emas atau wang negara sebagai cagaran.
Berita ini adalah suatu yang paling ditakuti oleh Mahathir , imbas kembali setelah beliau dipaksa melepaskan jawatan tahun 2003 , ekoran prestasi buruk PRU 10 pada 1999 yang memungkinkan 2004 iaitu PRU 11 UMNO/BN sekiranya berdegil , so terpaksa lah menyerahkan Putrajaya , iaitu ini adalah kesan penolakan dalam negeri oleh rakyat sendiri , dan kini penolakan oleh orang luar khususnya pelabur – pelabur asing yang sangat diharapkan olehnya bagi merealisasikan Wawasan 2020 melalui pengekalan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 % setahun secara purata menerusi kemasukan FDI , yang kini sudah tidak menjadi , maka beliau sudah tidak mempunyai pilihan lain , kecuali menarik keluar Najib dari Perdana Putra.
Ini adalah pilihan yang ada dalam kepala Mahathir kini. Tentangan rakyat dalam negara lebih mudah untuk dikendalikan secara langsung olehnya. Nyata Najib lembab dan lambat bertindak dan sudah dibuktikan gagal dalam banyak langkah. Hanya melalui rampasan kuasa sahaja yang mampu menyelamatkan UMNO , dan seterusnya kerajaan BN. Selamat berjaya Mahathir !!!
p/s
Sekiranya ini terjadi , ia adalah suatu berita buruk untuk DSAI , TGHH , LKS dan Pakatan Rakyat.
Betul ke , ada yang beranggapan Najib diarah dan dipaksa bercuti selama 10hari , memikirkan tawaran Mahathir 'U step down , or ,,,,,,,,," - Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan