Lingam memohon semakan kehakiman bersama dua bekas hakim, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Ketiga-tiga mereka bersama ahli perniagaan jutawan, Tan Sri Vincent Tan dan setiausaha agung Umno, sekarang, Datuk Tengku Adnan Mansor, telah dinafikan oleh Mahkamah Tinggi (bahagaian kuasa-kuasa khas dan rayuan) pada 12 Disember 2008, hak untuk merayu penemuan inkuiri suruhajya diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.
Lingam memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan bahawa sesetengah dakwaan yang dilemparkan ke atasnya semasa inkuiri itu hanya dibuat selepas dia memberi keterangan. Justeriu dia tidak mempunyai peluang menjawab pertuduhan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan