satubenih
Haifa, ISRAEL (Nayef Zidani)9 Ogos 2010 Al-Arabiya
Tetamu yang hadir dalam satu majlis perkahwinan Yahudi Ortodoks di Jerusalem bergaduh sesama sendiri apabila bendera Palestin dikibarkan dalam satu insiden yang dianggap jarang berlaku melibatkan kumpulan Yahudi yang menentang kewujudan negara Israel.
Bendera Palestin dikibarkan dalam majlis perkahwinan anak lelaki Rabi Moshe Hirsch, bekas ketua kumpulan anti-zionis Neturei Karta.
Tindakan beberapa orang tetamu yang menari sambil mengibarkan bendera bersama-sama dengan pengantin lelaki kerana menunjukkan sokongan kepada negara Palestin telah membangkitkan kemarahan salah seorang tetamu yang kemudiannya bangun dan merentap bendera tersebut dari mereka.
Tetamu yang pro-Palestin dapat merampas kembali bendera tersebut sejurus selepas berlaku aksi tumbuk menumbuk dan kemudian meneruskan tarian mereka semula.
Kumpulan Anti-Zionis
Neturei Karta (foto) adalah kumpulan anti-zionis berpengkalan di Jerusalem yang menentang kewujudan Israel dan mendesak supaya negara itu dibubarkan.
Menurut kumpulan itu, Yahudi tidak dibenarkan memiliki Negara mereka sendiri sehinggalah datangnya Messiah (Raja Israel keturunan Nabi Daud) dan sebarang usaha untuk mewujudkannya adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan.
Kumpulan itu, yang namanya bermaksud ‘Penjaga Kota,’ juga berfahaman bahawa orang Yahudi menjadi bangsa buangan akibat dari dosa yang telah mereka lakukan.
Ahli Neturei Karta dianggarkan seramai 5,000 orang, kebanyakannya tinggal di Jerusalem dan sebahagian kecil di London dan New York City.
Rabi Moshe Hirsch (foto), meninggal pada Mei 2010, adalah kawan rapat bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat (foto) dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Hubungan Yahudi dalam kerajaannya pada masa itu.
Hirsch kerap melawat Arafat semasa beliau dijadikan tahanan oleh Israel dalam rumahnya di Ramallah. Pada hari kematian Hirsch, beberapa pemimpin Palestin adalah antara yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir diatas peranan yang dimainkannya untuk Palestin.
Hirsch adalah menantu Aharon Katzenelbogen, pengasas Neturei Karta.
beritaislamglobal.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan