Benarkah ini dokumen mengenai rasuah dalam KTM dan MAS?

AnakSungaiDerhaka
Dalam masa 24 jam selepas beliau menyiarkan dua artikel disertai dengan dokumen yang mengaitkan pentadbiran Kerajaan Malaysia dengan salah guna kuasa ataupun rasuah, Website Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin yang kini berada di London telah diserang masaalah teknikal yang misteri atau ada yang mengatakannya serangan DDOS sebanyak dua kali.


Antara artikel yang disiarkan ialah tentang kerugian sebanyak RM8Billion yang dialami oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikaitkan dengan Tajuddin Ramli.

Dan sebuah lagi artikel mendakwa bahawa Tan Kay Hock, pemegang saham utama Johan Holdings Bhd, sebuah syarikat pelaburan awam berdaftar dan rakan permainan golf Najib telah meminta dari pegawai China Railways Engineering Corporation (CREC)yang mendapat kontrak membekalkan gerabak keretapi bernilai RM1.4 Billion sebanyak RM500 Juta dan RM200 juta pula bagi keluarga Najib.

Menurut Raja Petra tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang bagi pihak China kerana hukuman yang menanti bagi pesalah rasuah di negara China ialah hukuman mati.

Dan mereka juga memikirkan adakah berbaloi untuk membayar Kay Hock RM500 juta sebagaimana yang diminta beliau.

Keretapi Tanah Melayu dikatakan juga oleh Raja Perta sebagai sumber kewangan Najib atau 'Cash Cow' yang terbaru, perjanjian untuk membekalkan gerabak yang bernilai RM1.4 Billion dikatakan melibatkan Rosmah dan juga dua wanita yang lain bagaimanapun gerabak tersebut hanyalah bernilai sekitar RM300 Juta dan tidak boleh berfungsi…. Hampeh betui depa ni…

Nampaknya ada pihak yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membiayai serangan keatas Malaysia Today bagi menghalang Raja Perta terus menyiarkan artikel yang menyentuh tentang rasuah yang jumlahnya memang besar dan melibatkan pula pemimpin-pemimpin UMNO..

Berikut adalah pautan dokumen tersebut:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan