Faekah berkata demikian pada sidang media selepas bertemu tiga pegawai polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamarudin Ismail dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
"Kita telah mengenalpasti beberapa wajah, yang biasa kelihatan di pejabat ini. Ada yang sebahagiannya patut, dan ada yang sebahagiannya tidak patut berada disitu,"
Faekah enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan kerajaan negeri akan meminta polis bagi mengetat sistem kawalan keselamatan di Setiausaha Kerajaan Negeri termasuk kemungkinan melakukan pengubahsuaian.
"Polis agak terkejut apabila saya katakan bahawa tidak ada sebarang perubahan kita lakukan setelah kita ambil alih bangunan. Tidak ada sistem yang kita ubah. Masih kamera yang sama, masih langsir yang sama, masih kerusi yang sama, masih pegawai yang sama, masih 'jaga' yang sama. Kita tak ubah. Sebab, kita merasakan bahawa kita harus bersangka baik. Jadi bila ada kamera dalam bilik Menteri Besar, baru kita rasakan agaknya kita harus lebih cemburu di masa akan datang,"
Apapun, tindakan pihak tertentu yang memasang kamera intipan jelas menunjukkan sikap tidak profesional dalam berpolitik, namun ia hanya sekadar mengganggu pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kalau dengan meletakkan kamera video itu bertujuan mahu mengalih konsentrasi kami dalam menjalankan tugas, they have fail (mereka gagal). Sebab kita tidak ada sebarang perkara yang harus disembunyikan. Apatah lagi kita juga telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat. 'There is no secret'. Kita mentadbir secara telus, dan penuh kebertanggungjawaban” kata beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan