"Adakah kes penculikan beberapa warga Sri Lanka di Malaysia ada kaitan dengan kes pembunuhan Dato Sosilawati dan beberapa mangsa lain ? Seorang sukarelawan polis Francis Xavier telah ditahan pada 29 Ogos 2010 atas dakwaan menculik warga Sri Lanka , Samsudeen Selyadu Ana Mohamadu, Mohamad Mihlar Nor Mohamad Tashin dan Seehu Mohideen Sharifdeen Sahib
**********************
Sila baca betul-betul semua laporan akhbar di bawah ini :
Sukarelawan polis disyaki culik, bunuh warga asing
Berita Harian 30 Ogos 2010
Pihak berkuasa selamatkan dua mangsa, seorang lagi maut didera
GOMBAK: Seorang sukarelawan polis dan rakannya ditahan kerana disyaki menculik tiga lelaki warga Sri Lanka sehingga seorang daripada mereka mati akibat didera, manakala dua lagi ditemui berbogel dan bergari di belakang Flet Cempaka, Pinggiran Batu Caves di sini, malam kelmarin. Seorang penduduk menghubungi polis kira-kira jam 7 malam selepas melihat dua lelaki itu dalam keadaan bogel dan bergari di belakang flet berhampiran sebuah van sebelum melihat seorang lelaki tempatan turun dari tingkat tiga premis berkenaan.
Saksi itu berkata, beliau menghubungi polis apabila salah seorang daripada mangsa memberitahunya ‘this man is dangerous’ (orang ini berbahaya). Polis kemudian tiba di tempat itu dan menahan sukarelawan polis bersama rakannya masing-masing berusia 30 dan 32 tahun di dalam sebuah rumah di flet itu dan menemui seorang lagi warga Sri Lanka.
Timbalan Ketua Polis Dae-rah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata pemeriksaan polis mendapati mangsa pertama mati akibat didera, mangsa kedua patah kaki kanan, mangsa ketiga diselamatkan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam proses untuk membuang mayat mangsa pertama sebelum membawa mangsa ketiga ke bank untuk tujuan pengeluaran wang.“Siasatan mendapati ketiga-tiga warga Sri Lanka itu tiba di negara ini tiga hari lalu dan diambil dari lapangan terbang oleh kedua-dua suspek. Kita sedang menyiasat sama ada mereka masuk sebagai pelancong atau untuk bekerja di sini,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, rumah suspek didapati yang dicat dengan warna hitam mungkin bagi mengelakkan orang ramai menghidu kegiatan mereka, malah hasil pemeriksaan polis turut menemui titisan darah di sebuah bilik.
Polis turut merampas sebuah van, gari dan telefon bimbit milik suspek dan kedua-duanya direman selama tujuh hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
>> Links_berita
*******************************
Sri Lankan kidnapping syndicate bustedMalay Mail Tuesday, November 3rd, 2009
AN international syndicate, believed to be headed by expatriate Sri Lankan Tamils, are targeting their countrymen in Malaysia to make a fast buck.
Making use of local thugs, the syndicate abducts their targets — mostly in the Klang Valley — and demand ransom from family members either in Sri Lanka or in other countries.
It is believed the syndicate’s ring leaders — who live in Paris, France — would be the ones contacting the victim’s family members to collect the ransom money.
This apparently lucrative “venture” came to a halt on Saturday when a police team from the Kuala Lumpur Serious Crimes Branch raided a house in Setapak and arrested six local men.
>> Links_berita
Auxiliary cop, dancer charged with Sri Lankan torture
Malay Mail Tuesday, September 7th, 2010
OUT ON BAIL: Elil at Selayang Court this morning — Pic: SALHANI IBRAHIM
SELAYANG: An auxiliary cop and a dancer were charged at the magistrate's court here this morning in connection with the kidnapping of three Sri Lankan foreign workers.
Auxiliary policeman Francis Xavier, 32, and Elil Valavan, 29, claimed trial to nine charges when they brought before Magistrate Muhammad Najib Ismail.
>> Link Berita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan