Mini Las Vegas di Senawang, N.Sembilan ?

amkns
Bulan Ramadhan ke, tak bulan Ramadhan ke pekan Senawang, N.Sembilan dari dulu, kini dan harapnya tidak selamanya meriah dengan maksiat yang menghina umat Islam yang lalu lalang iaitu judi “Halal” ( agaknya Halal sebab berlesen ). Boleh dikatakan penguatkuasaan jabatan agama di N.Sembilan ini lemah, tak tahulah , mungkin kurang anggota penguatkuasa dan kelengkapan. Dan sekarang ini Senawang makin dimeriahkan dengan maksiat judi “Haram” (Haram sebab tak ada lesen agaknya).

Sebelah kedai serbaneka 7-11 didapati sebuah kedai baru, dulu kedai RM2. Kedai ini cermin gelap, ada pintu kecil satu. Lagaknya macam kedai kafe siber yang tak ikut peraturan PBT, ada yang kata kedai Jackpot (bukan kedai teh tarik susu cap teko) tapi mungkin kedai judi ? Betul ke tidak, itu sepatutnya pihak polis dan PBT terutama MPS kenalah prihatin. Pihak Jabatan Agama pun kena prihatin.

Senawang ni majority orang Melayu, tapi kedai judi “Halal” dan kedai judi “Haram” nampaknya tumbuh macam cendawan. Tak tahulah bala apa bulan Ramadhan yang orang Senawang ni harapkan dengan maksiat di depan mata ini.

Pihak akhbar pun jangan buat tak tahu je, cubalah risik-risik sikit.

Gambar kedai-kedai-kedai judi pekan Senawang di sini

Sebelum ini pun disyaki kedai judi internet di Taman Matahari Height pada pautan di sini

Dan di Taman Tasik Jaya pada pautan di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan