Politik terlalu subjektif dan terlalu sukar dijangka. Ketika Najib naik takhta, beliau cuba mengangkat Mukhriz dan meminggirkan khairy. Tujuannya hanya satu, itulah cara untuk mengelak Mahathir dari mengacau pentadbirannya, sepertimana Mahathir mengacau pentadbiran Paklah. Namun sebaliknya berlaku, kini yang nampak ke depan membela Najib dan 1malaysia hanyalah Khairy. Sementara Mukhriz pula mula menunjukkan kuku, cuba menikam halus Najib dengan menyokong pendirian Mahathir terhadap PERKASA. Nyatalah di sini Najib terlalu mentah dan kekurangan pencak untuk bersilat dengan Mahathir.
Semua orang tidak percaya Ibrahim Ali benar benar hebat hingga dapat menubuhkan Majlis Perundingan Melayu(MPM), jika tidak dari idea kepala putar belit Mahathir. Semua orang juga percaya jika tidak kerana Mahathir, tidak akan ada NGO besar bernaung di bawah MPM, seperti MUBARAK misalnya.
Mahathir dan Ibrahim Ali sedar, jika Perkasa masuk gelanggang politik tentu sahaja belum tentu akan dapat balik deposit, menang jauh sekali. Tetapi kehadiran Perkasa bukan sia sia. Perkasa hadir untuk memendekkan hayat Najib berada di kerusi selesa PM. Jadi saban hari tugas Perkasa hanyalah memberi komen negatif terhadap pentadbiran Najib. Pada awalnya mungkin agak berlapik dan kurang jelas. Tetapi mutakhir ini belang mula kelihatan. Serangan demi serangan terhadap 1malaysia yang gah dicanangkan oleh Najib, buat Najib jadi benar benar pening.
Dalam apa jua peperangan, 'musuh yang berlagak kawan'lah yang akan meranapkan segala strategi terhadap musuh sebenar dan kini yang makin bercambah di sekeliling Najib hanyalah 'musuh berlagak kawan'. Dari mulut musuh berlagak kawan inilah maka munculnnya kata kata, "UMNO telah lemah", "UMNO sudah hilang sokongan orang melayu", "UMNO tidak lagi perjuangkan melayu", "rakyat tidak faham apa itu satu malaysia" dan macam macam lagi.
Saya tidak fikir orang secerdik Mahathir tidak faham apa itu 1malaysia. Tidak mungkin secepat itu mahathir hilang daya ingatan. Mahathir sangat sangat faham apa itu 1malaysia. Cuma mahathir ingin mewujudkan tekanan terhadap Najib, supaya Najib dapat menjelaskan dasar yang lebih terbuka terhadap semua kaum. Dengan dasar yang lebih terbuka terhadap semua kaum, maka sudah tentu Najib akan hilang kepercayaan di kalangan orang melayu.
Mahathir cuma ingin mewujudkan kebimbangan di kalangan orang melayu. Apa yang cuba digambarkan oleh mahathir hanyalah, jika pentadbiran Najib dibiarkan berpanjangan, hidup orang melayu akan terpinggir kerana naiknya kaum lain dengan dasar yang samarata. Seolah olah ketuanan melayu terancam.
Padahal Paklah dan Najib hanya mewarisi sisa peninggalan najis Mahathir. Negara yang porak peranda, ekonomi yang tenat, masalah sosial, hidup melayu yang melarat dan segala kepincangan adalah hasil dari dasar Mahathir. Najib cuma bernasib malang menerima 'ilmu saka' Mahathir. Mungkin jika Najib tau begini keadaannya bila jadi PM selepas mahathir meruntuhkan Malaysia, sudah pasti lebih baik Najib tanam kacang di Pekan.
Kini hari hari yang mendatang bagi Najib hanyalah hari yang menggerunkan. Senjata Mahathir seperti Ibrahim Ali, Muhyidin, Mukhriz dan lainnya akan terus menikam Najib. Hingga Najib benar benar tersungkur dari takhta. Usaha kini hanya menenggelamkan Najib, hinggakan akhbar dan televisionpun lebih menonjolkan Mahathir lebih dari Najib.
Jika Najib tersungkur kemudian digantikan oleh Muhyidin, dapatkah kita bayangkan Muhyidin lebih berbisa dari Paklah dan Najib? Muhyidin tidak lain tidak bukan hanyalah ayam laga, yang juga bakal disembeliholeh Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan