40 kilogram : Apa sudah jadi ?

tokpepijat

Ketika itu Musa Hasan sedang membawa kempen PDRM " Saya anti rasuah" kepada anggota PDRM. Tidak cukup dengan itu, Musa menyampaikan penghargaan kepada anggota polis yang terlibat dengan kes itu bahkan dinaikkan pangkat kerana tolak rasuah yang cuba diberikan oleh tertuduh.

Apakah yang terfikir di fikiran anda ketika itu? Tentunya orang yang tertuduh bakal digantung mandatori. Memangpun, dadah seberat 753kg yang dimuat dalam kontena. Bukan 10 gram yang dimuat dalam poket seluar jeans!
Kita juga memuji PDRM pimpinan Musa kerana merampas dadah itu, juga pengorbanan anggotanya yang sanggup menolak rasuah. Imej rasuah anggota PDRM pulih seketika
Tiba-tiba hari ini, kes ini dibuang. Tertuduh dibebaskan dari tali gantung.
Sebabya, bahan bukti dihapuskan. Bukan tikus makan. Bukan hanyut dilanda tsunami. Bukan hangus dalam kebakaran. Bukan dan bukan.

Sebabya, anggota polis yang mencurinya. Bukan 4 gram tetapi 40 kilogram. Sekali lagi 40 kilogram! Sekilo dadah berapa weeh?

Apa sudah jadi pada PDRM? Bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan dan keselamatan pada PDRM? Ini semua berlaku zaman Musa Hasan.

Barangkali kes ini adalah "pengakhiran penuh dramatik" jasa Musa Hasan terhadap PDRM dan negara! Memalukan..

Kadangkala kita terfikir, mengapa kes dadah tidak selesai-selesai walaupun pelbagai akta digubal. Semuanya membawa hukuman yang berat. Tetapi masih dan bertambah ramai anak muda menagihnya. Pusat Serenti saban tahun bertambah pembinaan dan penghuninya.

Apabila kita melihat kesudahan kes ini, barulah kita tahu mengapa masalah dadah tiada penyelesaian bahkan lebih teruk lagi!

Hari ini, kes Sosilawati pula menjadi perhatian umum. Apabila melihat kepada bagaimana pembunuhan terjadi, sudah tentu dalam fikiran kita pembunuh mesti di tali gantung. Terutama 2 suspek utama.


Apakah peristiwa yang berlaku di Mahkamah Kuantan semalam bakal berulang lagi dalam kes Sosilawati. Bahan bukti bakal hilang? Begitu juga adakah kesudahan kes Sosilawati juga sama seperti berakhirnya kes Altahtunya?

Kepada IGP Ismail Omar, pulihkan segera integriti dan ketelusan PDRM. Jika tugas utama PAS mem"basuh" semula tahi yang ditinggalkan UMNO di Kelantan , Kedah dan Terengganu ketika memerintah negeri-negeri tersebut, kini tugas IG Ismail membasuh "tahi" yang di tinggalkan oleh Musa Hasan. Selamat Membasuh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan