Ustaz Saiful Bahri
Kelantan baru dapat rampas royalty dan baru sekali kecap membahagikan wang ehsan, melangit dan naik hangit diampunya UMNO-BN. Yelah! Takkan nak harapkan PR yang memuji UMNO. Tetapi Nampak sangat bahawa betapa terdesaknya UMNO kini dalam mempertahankan survival dan jangka hayat mereka. Mereka ini amat terasa betapa nyawa sudah sampai dihalqum.
Ketika dalam perhimpunan agung MCA, betapa Najib merayu agar mengharapkan kemenangan BN dalam Pru-13. Nampaknya dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Najib terpaksa mengistiharkan jihad demi menyelamatkan Putrajaya. Menuntut pengorbanan apa sahaja dari ahli UMNO demi kekuasaan beliau meskipun mati syahid.
“Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” – petikan ucapan Najib .
Betapa ketakutan UMNO membawa mereka ke penjuru gelanggang. Mereka berkeadaan bertahan dengan isu ciptaan mereka sendiri. Serangan demi serangan kepada PR menjadi racun buat mereka sendiri. Pelbagai isu samada kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang maupun Selangor untuk dijadikan isu memakan diri mereka sendiri. Bajet 2011 yang diumumkan hanya menjadi gurauan rakyat hanya kerana dek ‘seluar dalam & baju tidur Rosmah’. Apatah lagi lapuran menunjukkan Kerajaan BN akan tumbang dalam PRU ke 13. Mood rakyat sendiri berkobar-kobar untuk menghambat UMNO-BN dari Putrajaya. Tun Mahathir sendiri terpaksa menyingsing lengan kembali membantu Najib demi mengelak sumpahan Arwah Fadhil Nor, Presiden PAS yang berdoa agar beliau mempunyai umur yang panjang bagi menyaksikan kehancuran UMNO-BN.
Najib seperti Saddam Hussein sekarang. Ketika beliau berada di mercu kekuasaan, betapa kezalimannya tiada batas. Ulama dipenjara, pejuang islam dibunuh dan diseksa. Para penentang beliau dizalimi bahkan menantunya sendiri pun ditembak mati. Parti Baath yang berideologikan sosialis-komunis mengenepikan Islam sedemikian rupa. Tetapi apabila beliau diambang kejatuhan lalu ‘jihad dilancarkan. Mati syahid dituntut’. Seolah-olah beliaulah amirul mukmini. Negara Iraq sosialis itu umpama Negara Islam madinah al-munawwarah. Rakyat perlu bersama dengan beliau demi menyelamatkan Taman Babylion.
Sekarang skrip yang sama dihafal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai kezaliman dan penghinaan terhadap Islam dilakukan sepanjang lebih separuh abad UMNO-BN memerintah. Hari ini pemimpin yang dahulunya penggadai tanah-air, perompak mahsul Negara, peminum arak, penghalal judi, penghina Islam dianggap sebagai bapak kegemilangan Islam. Hari ini wakil UMNO Kelantan menganggap pimpinan mereka bak Rasulullah dan PR bak ‘ahzab’ .
Jangan musnah kegemilangan Islam
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Usaha pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO diumpamakan sebagai mengulangi sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi oleh satu pakatan diketuai musyrikin Quraisy.
Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peperangan itu berlaku apabila pakatan yang turut disertai oleh orang munafik dan Yahudi berusaha menghancurkan kerajaan Islam Madinah yang baru ditubuhkan oleh Rasulullah.
“Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Ia berdasarkan Piagam Madinah iaitu bersama-sama dengan bukan Islam untuk memerintah sebuah negara dengan Islam menjadi terasnya.
“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.
….. “Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, orang Melayu perlu bersatu untuk menolak pakatan ini yang mahu memusnahkan kegemilangan Islam yang dipelopori UMNO,” katanya. Tambah beliau, setiap ahli UMNO perlu sama-sama berdoa bagi memohon pertolongan Allah untuk menewaskan pakatan berkenaan sama seperti Rasulullah memohon pertolongan Allah ketika Perang Ahzab iaitu:
“Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini,” katanya.
Penjilat perlembagaan yang digubal oleh penjajah Lord reid ini tanpa rasa malu menyamakannya dengan Piagam Madinah. Negara Malaysia sekular umpama Negara madinah al-Munawwarah. Pimpinan UMNO bak sahabat Rasulullah.
Wakil UMNO ini seperti meludah kelangit. Terpercik airliur kemuka sendiri. Kalau nak mengampu pun biar munasabah. Betapa kejahilan UMNO dan tipu daya pimpinan mereka berjaya mengabui mata sebahagian mereka. Inilah sebenarnya saudagar mimpi yang disebut Najib. Wakil Kelantan itu sendiri sepatutnya bermuhasabah, untuk apa beliau menentang kerajaan negeri Kelantan khususnya kepimpinan Nik Aziz? Untuk apa beliau menjadi penentang ulama yang bertunkus lumus menegakkan teras Islam di Kelantan, serambi Mekah itu selama 20 tahun??
Jangan pelik kalau UMNO pun membaca doa Rasulullah Saw. Krana semasa perah Badar, Abu jahl yang menentang Rasulullah Saw yang membawa perjuangan Islam pun berdoa. kepada Allah Swt bagi mengalahkan Muhammad Saw. Rasanya bukan doa Rasulullah Saw yang patut beliau baca. Cuba UMNO melihat doa yang dibaca oleh abu jahl ini:-

"اللهم أقطعَنا للرحم، وأتانا بما لا نعرفه، فأَحِنْه الغداة، اللهم أيُّنا كان أحبَّ إليك، وأرضى عندك، فانصره اليوم"
Firaun pun mengaku beliau betul. Apatah lagi beliau ada kuasa dan material. Siapa berani menentangnya? Bahkan Nabi yang menentangnya dianggap sesat.
قَالَ فِرْعَوْنُ مَا أُرِيكُمْ إِلاَّ مَا أَرَى وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلاَّ سَبِيلَ الرَّشَادِ
“Berkata Firaun: Aku mengemukakan kepada kamu pandangan ku apa yang baik dan aku hanya menunjukkan kamu jalan yang benar” surah al-Ghafir : 29
Tetapi hakikatnya Allah sendiri yang menafikan kepalsuan Firaun.

وَأَضَلَّ فِرْعَوْنُ قَوْمَهُ وَمَا هَدَى
“Dah Firaun telah menyesatkan kaumnya dan bukannya memberi petunjuk” surah Taha: 79.
Dalam surah al-Baqarah juga Allah berfirman:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
“dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah melakukan kerosakan diatas mukabumi ini mereka menjawab, bahkan kami melakukan kebaikan. Ketahuilah bahawa mereka itu melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya". Surah al-baqarah : 11-12
Yang penting kebenaran itu selari dengan al-quran dan as-sunnah Baginda. Apakah UMNO-BN mengikut 2 sumber ini?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan