Angkasanuri
Setiausaha Agong Umno/BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar “tunggu tumbukan kami” di gelanggang pilihan raya umum ke-13.
“Tunggu dan lihat, akan ada tumbukan,” jawab beliau berhubung soalan mengenai persiapan BN menghadapi saingan PR berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Bagi saya kalau kenyataan itu pertarungan sihat di medan demokrasi melalui kertas undi, itu dialu-alukan. Bertarung sebagai anak jantan dengan mengikut etika dan lunas demokrasi.
Tetapi apabila kenyataan itu datangnya daripada mulut seorang yang dikaitkan dengan watak dan dalang utama konspirasi 1 1998 menjatuhkan Dato seri Anwar Ibrahim saya melihat kenyataan ini memberi gambaran bahawa ada 'grand design' telah siap dirancang untuk menewaskan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 walaupun dengan apa cara sekalipun.
Penolakan rakyat terutamanya gologan bukan Melayu kepada BN hari ini menyebabkan Umno/BN kini sedang dihambat ketakutan dan mimpi ngeri ditumbangkan dalam PRU ke 13 akan datang. Semua ini jelas apabila Umno/BN kini terpaksa bergantung harap kepada undi Melayu agar tidak berpecah dengan menyokong PAS dan PKR.
Maka permainan isu sentimen perkauman melampau dilakukan kerana menyedari peluang dan harapan semakin tipis dengan peningkatan drastik sokongan bukan Melayu khususnya pengundi Cina dan India kepada PR. Mungkin kenyataan saya tidak disokong dengan fakta dan kajian ilmiah. Tetapi pemerhatian dari semasa ke semasa membuktikan sokongan undi teras Melayu sebelum ini kepada PR khususnya Pas sedikit pun tidak terjejas manakala simpati dan sokongan bukan Melayu kepada PR semakin dirasai.
Cuma saya berharap jentera PR di semua peringkat perlu melipat gandakan persiapan bagi menghadapi segala serangan dan taktik kotor yang sering digunakan Umno/BN selama ini. Bagi saya taktik memindahkan pengundi PR ke tempat lain, menghilangkan nama daripada daftar pemilihan, nama pengundi Umno yang bertindih di beberapa lokaliti,pengundi hantu, politik wang oleh Umno BN semakin mudah dibaca dan dibendung oleh jentera pilihanraya PR.
Jentera pilihanraya PR perlu meningkatkan risikan tentang taktik kotor terbaru yang dijangkan akan digunakan BN pada PRU ke 13 akan datang. Semuanya memerlukan komitmen dan kesungguhan serta iltizam dalam masa yang sama meningkatkan munajat kepada Allah SWT.
Kepada Ku Nan dan mereka yang sewaktu dengannya dalam Umno/BN ingatlah bahawa ALLAH SWT telah berfirman dalam Al Quran..Orang-orang kafir itu membuat tipu daya(merancang), dan Allah membalas tipu daya(rancangan) mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya(perancang ). Ali Imran -54.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan