Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 4 November iaitu Khamis depan sebagai hari cuti peristiwa sempena pilihan raya kecil DUN Galas.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Aiseri Alias menerusi surat pekeliling arahan pentadbiran SUK kepada Bernama hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.
PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengumumkan caloln BN petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan