KUALA LUMPUR: Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Khamis menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini.
Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesynthamenyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang Khamis sebelum ditahan polis.
Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumatmengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayaimampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggiitu.
Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isterikedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakanmengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44;pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad KamilAbdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan keBanting untuk urusan jual beli tanah.
Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspekuntuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan