Sehubungan itu, mereka mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan menutup portal berita tersebut.
Mereka berkumpul selama kira-kira lima minit di perkarangan bangunan Wisma UOA, Bangsar yang menempatkan pejabat The Malaysian Insider.
Perhimpunan yang diketuai yang dipertua JMM, Azwandin Hamzah, turut mendesak supaya polis menahan tiga individu yang didakwa sebagai pengasas portal berita berkenaan.
Katanya, sekiranya polis boleh menahan beliau apabila cuba mengadakan perhimpunan yang sama minggu lalu, individu berkenaan juga boleh ditahan dan disiasat.
Azwandin berkata, beliau telah membuat laporan polis berkenaan tindakan laman tersebut yang mengeluarkan berita yang didakwa menghina institusi diraja.
Dalam perhimpunan yang bermula pada kira-kira jam 4.35 petang itu, mereka turut melaungkan slogan seperti"tangkap Kalimullah" dan "The Malaysian Insider tali barut"
Azwandin juga bercadang mengumpulkan sehingga 5,000 orang untuk membuat bantahan selanjutnya jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap laman berkenaan.

-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan