Kisah Kolonel Jihad Melayu ditahan ISA dibukukan

amkns

Dari Blog Lobai TampinKolonel Jihad : kisah benar seorang rakyat Malaysia yang juga bekas anggota ATM yang pernah berkhidmat di Bosnia. 

Juga bekas Pejuang Bosnia yang memerangi Pengganas Serbia dan juga bekas tahanan ISA yang dituduh menjadi Pejuang Al - Qaeda. Kisah benar Lt. Kol. (B) Abdul Manaf Kasmuri http://coloneljihad.blogspot.com 

PROLOG Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003.

Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku. 

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad ..... 

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan.

Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya? 


Untuk membeli emel maklumat: Nama, alamat, no telefon ke abuhamka@gmail.com   atau jamesrck@yahoo.com  atau sms ke 0162151671, berharga RM26 (termasuk pos) WM dan RM28 (EM). Pembayaran: Bank-in ke Maybank162786050509 Fairuza Abdullah 

Buku ini juga boleh ditemui di kedai-kedai buku seperti MPH dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan