Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Akhbar politik Siasah menjadikan dilema yang dihadapi oleh anggota parlimen Gua Musang yang juga ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai cerita muka depan.
Ini kerana, selepas Ku Li dilantik sebagai pengarah oleh BN dalam pilihan raya itu, apakah pendekatan yang akan diambil olehnya dalam menghadapi isu-isu utama yang bakal meletuk di situ.
"Apakah Ku Li akan berada di pihak Umno untuk menentang PAS atau kekal berpegang kepada prinsip beliau yang senada dengan PAS dalam isu royalti minyak," lapor Siasah dalam keluaran terbaru yang ada di pasaran hari ini.
Dilema Ku Li ini kerana beliau bersama dengan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dalam isu ini dan bertembung dengan rakan-rakannya dalam BN termasuk ketua perhubungan Umno Kelantan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan