Lokasi Padang Subang Perdana.
RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor .
Datuk Satim Diman
Lokman Adam
Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa.
Datok Mat Bushro
Kehadiran para gerombolan dengan jentera berpasukan bukan lah penduduk Subang secara sahnya. :wink:
Jangkaan kehadiran 150 orang termasuk yang menyorok di celah-celah pokok, dan di depan pentas lori .
P/S Respon kepada Noh Omar
Selamatkan S'gor 2 jawab 'sodomy tour' Anwar
Umno Selangor akan mengadakan siri jelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) untuk pusingan kedua, antaranya bagi menjawab kenyataan Datuk Seri Anwar di luar negara yang didakwa mencerca sistem pemerintahan negara.
Timbalan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar berkata antara perkara yang akan diketengahkan, antaranya berhubung "isu peribadi dan moral" pemimpin Pakatan Rakyat, dakwaan penyelewengan wakil rakyatnya serta urus tadbir anak syarikat kerajaan negeri.
"Penghinaan dan cercaan ketua pembangkang ini di media-media antarabangsa terhadap sistem pemerintahan di negara ini juga akan merugikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling maju di negara ini," kata Noh (kiri).
Kenyataan Anwar mengenai Malaysia di luar negara sering dianggap memburukkan imej negara, tertamanya oleh oleh pemimpin BN.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam dilaporkan berkata beliau kesal dengan hasil wanwacara Anwar dengan TVOne di Indonesia kelmarin.
Menurut Bernama, semasa diwancara stesen televisyen republik itu, Anwar didakwa berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sekiranya beliau menjadi perdana menteri.
Sebelum ini, Umno negeri itu melancarkan SSDE kali pertama yang melibatkan 19 program di 19 bahagian Umno di negeri itu bermula 23 Julai lalu, antaranya berkisar isu perlombongan pasir.
Dalam satu kenyataan hari ini, Noh berkata program itu akan bermula esok di Subang Perdana dengan disertai Setiausaha Umno negeri Datuk Satim Diman, dua bekas pemimpin Pemuda PKR (AMK) - Senator Ezam Mohd Nor dan Lokman Nor Adam - dan seorang ustaz Ahmad Najib.
Menurutnya lagi, selain Satim dan Ezam, diketengahkan juga exco Pemuda Umno Datuk Suhaimi Sahadan dan seorang ustaz Rosdi Long.
Kedua-dua majlis tersebut bermula jam 9 malam.
Sehubungan itu, Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata Umno yakin siri jelajah ini dapat memperjelaskan isu-isu terkini yang sangat rapat dengan kepentingan rakyat negeri itu.
"Umno Selangor komited melaksanakan roadshow SSDE 2 secara berterusan bagi membongkar penyelewengan, kelemahan serta kepincangan Pakatan Rakyat selama hampir tiga tahun memerintah negeri Selangor," kata Noh lagi.
-tko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan