Seorang saksi yang memberi keterangan melihat melihat seorang lans korporal polis mendang seorang tahanan - R Gunasegaran, ditahan polis semalam.
Menurut kenyataan media, pertubuhan bukan kerajaan mengenai hak asasi manusia, suaram yang dikeluarkan pagi ini, K Selvachandran kini dikurung di lokap balai polis kontijen Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 39 tahun itu dibelasah oleh anggota polis di hadapan isterinya pada jam 10 malam semalam, sebelum diheret polis.
Keluarganya kemudian dimaklumkan Selvachandran akan ditahan reman untuk 60 hari. Mereka kemudiannya membuat laporan di balai polis Wangsa Maju berhubung tahanan dan layanan buruk berkenaan.
Setakat ini, belum diketahui di bawah seksyen mana Selvachadran ditahan.
Dalam kenyataannya, penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata seseorang hanya boleh dikenakan tahanan reman tidak melebihi daripada 24 jam kecuali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat atau Akta Dadah Berbahaya 1985 yang bercanggahan dengan prinsip hak asasi manusia.
“Suaram berpendirian pihak polis telah melanggari kebebasan hak asasi manusia seperti yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia dan saksi mahkamah langsung tidak diberi perlindungan malahan ditindas oleh pihak polis,” katanya.
Semalam, koroner Siti Shakirah Mohtarudinmemberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.
Beliau berkata, walaupun laporan bedah siasat merupakan satu bukti "prima facie" yang tidak boleh disangkal, versi kedua juga diterima mahkamah.
"Dengan ini, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes "open verdict" di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," katanya.
Selvachandran, yang berada di balai polis Sentul pada 16 Julai 2009 pada hari Gunasegaran ditangkap memberi keterangan bahawa dia melihat Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib menendang simati di dada.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan