Tindakan hina mahkamah ke atas pembantu Anwar

Satu notis bagi tindakan menghina mahkamah dijangka akan difaikan oleh pasukan peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dua pembantu ketua pembangkang itu - Rahimi Osman dan Rasid Rosli.
sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Peguam Sankara Nair berkata buat masa ini, pihak mereka akan mengkaji dan mengumpul maklumat berhubung apa yang dilaporkan di media.

"Tidak salah jika mereka membuat laporan polis, tetapi mereka tidak sepatut memberi komen,” kata Sankara.

"Ini adalah subjudis. Kita akan kaji apa yang diperkatakan kepada media dan akan memfailkan notis minggu depan,” katanya.

Rahimi dan Rasid masing-masing membuat laporan polis mendakwa peguam Anwar memaksa mereka menandatangani akuan bersumpah yang dicurigai kandungannya berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat.

Kedua-dua mereka juga mengeluarkan kenyataan akhbar kepada pihak media.

-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan