Murid tahun 3 diajar mencuri sebab susah

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang AJK PIBG di sebuah sekolah di kawasan bandar di Negeri Sembilan. Dia kata kawasan bandar lagi ramai murid susah, tak makan pergi sekolah dan sebagainya. Jadi PIBG sekolah dia ambil inisiatif buat tabung untuk bantu pelajar-pelajar yang susah ini. Malahan ada satu kes di mana pihak sekolah menangkap pelajar tahun 3 kerana mencuri.

Lepas siasatan rupanya ibu bapa pelajar ini yang ajar pelajar tadi mencuri di sekolah, mencuri duit guru. Pelajar tadi tidak diambil tindakan , tapi diberi kaunseling. 

Hasil dari kerjasama erat PIBG dengan pihak sekolah beberapa pelajar telah dapat dibantu dan prestasi sekolah meningkat naik antara yang terbaik UPSR di Negeri Sembilan. 

Sebelum ini ada juga saya jumpa seorang cikgu  di kawasan bandar. Dia kata sebenarnya ramai orang yang miskin bandar di sekolah dia yang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya. 

Musim cuti sekolah ni, pelajar harus diperhatikan dan dibimbing. Jika tidak mereka akan melakukan kegiatan tidak sihat, antaranya mencuri.

Tidak hairanlah kes kecurian semakin bertambah masa cuti sekolah. 

Sebelum ini saya dilaporkan terdapat 2 kes pecah rumah siang hari di Taman Alamanda, Senawang. Lepas tu saya dapat laporan 2 minggu sebelum ini berlaku 2 kes kecurian di Taman Alamanda juga, kehilangan 2 basikal dan MAKANAN KUCING. Makanan kucing pun kena sapu. 

Saya yakin setiap perumahan kita, di seluruh Malaysia ini banyak kes pecah rumah. Tetapi disebabkan kita sibuk kerja, dan tiada media yang menghebohkan kes pecah rumah di kejiranan kita , menyebabkan kita tidak ambil kisah. 

Banyak kes kecurian melibatkan kelalaian kita, antara , ada dalam rumah tetapi tak kunci pintu depan atau pintu dapur, pencuri akan masuk, kalau terserampak penghuni , mereka akan selamba keluar. Tidak memasang lampu luar rumah, depan dan belakang masa tidur. Halaman rumah yang semak samun. Kawasan jalan belakang rumah yang semak samun, Jadi sama-samalah kita mempertingkatkan keselamatan. 

Media kita sekarang terlalu banyak tumpu isu politik , tak kiralah media BN atau PR, sehinggakan kita lupa keadaan sekeliling kita.

Nota: Gambar hiasan, hukum mencuri bagi remaja di India - KB
-tko-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan