PAS ikrar rampas Jeram, pertahan Kuala Selangor

izali

21 November 2010 : Ahli PAS Kuala Selangor berikrar dan berjanji taat setia untuk mempertahankan Parlimen Kuala Selangor dan cuba merampas DUN Jeram hari ini sekaligus mempertahankan Selangor di bawah Pakatan Rakyat.


Ikrar taat setia itu dibuat dibuat di hadapan Yang Dipertua PAS Kawasan dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor sempena Konvensyen Pilihanraya peringkat parlimen Kuala Selangor.

Menurut Pengarah JPrN Selangor, para petugas harus bekerja lebih kuat kerana UMNO/BN sudah memulakan gerak kerja mereka lebih awal lagi. Ini dibuktikan penambahan bilangan pengundi yang didaftarkan oleh UMNO/BN menunjukkan mereka serius untuk merampas negeri Selangor.

Turut membentangkan kertas kerja ialah Ahli Parlimen, YB Dr Dzulkefly sendiri sambil menekankan pemantapan gerak kerja pilihanraya jika mahu mempertahankan kerusi parlimen ini.

Lagi berita dan gambar di http://www.kualaselangor.pas.org.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan