Peguam Anwar Hanya Dibekal Laporan Profoma


KUALA LUMPUR, 24 NOV: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan peguambela dibekalkan dengan laporan profoma pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh pakar patologis Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL), Dr Siew Sheue Feng di bawah Akta Bukti Seksyen 161 namun hakim menolak saksi ke tiga menghina mahkamah.

"Adalah atas arahan saya borang profoma dibekalkan kepada pihak pembela," kata hakim Zabidin dalam prosiding kes fitnah ke- 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung pagi ini.

Namun walaubagaimanapun, peguam Karpal Singh tidak mahu menyambung prosiding selagi keputusan permohonan menggugurkan hakim tidak diperdengarkan

Hari ini seperti diberitahuKarpal semalam, pihaknya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Peguam utamanya, Karpal Singh berkata beliau membuat permohonan itu atas alasan hakim berkenan telah memberikan tafsiran berlainan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya semalam.

Menurut Karpal, Mohamad Zabidin dalam menolak percubaan Anwar untuk mendapatkan nota klinikal Mohd Saiful Bukhari yang disediakan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak memberikan pertimbangan terhadap penghujahannya mengenai keputusan Mahkamah Agung berkaitan Seksyen 45.

Perbicaraan disambung.

-tvsnews-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan