Siapa Tahu Di Mana Berahim `Raja Katak' Sekarang?

WFAUZDIN NS
APA yang berlaku kepada PKR waktu ini nampaknya memberikan tuah kepada gerombolan katak di luar sana. Tiada seekor pun katak yang di luar sana tidak berpeluang muncul di kaca TV dan di dada-dada akhbar pencacai. Jika ada yang tertinggal, katak itu mungkin terlalu lembab

Satu makhluk yang bukan jenis katak tetapi sekutu bagi katak ada `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Beliau pun tidak melepaskan peluang untuk menjadi glamour di kaca TV dan media pencacai walaupun sekadar berkata atau buat kenyataan bagaikan orang `gila babi'. Siapa lagi yang tidak berpeluang muncul di kaca TV? Bahkan, seorang anak muda dari P.Pinang yang pernah memecahkan rekod selaku Timb Ketua Menteri 1 P.Pinang paling pemalas iaitu Fairus Khairudin juga pernah muncul baru-baru ini.

Cuma pada pengamatan saya seorang saja lagi yang sehingga kini belum muncul. Beliau adalah `raja katak' dari Pasir Mas. Kebiasaannya, bila berlaku isu sebegini raja katak ini akan muncul dengan megahnya menghentam Anwar ataupun PKR. Bahkan, raja katak ini tidak malu untuk menghentam PAS yang telah memberikan `sedekah' kerusi Parlimen Pasir Mas kepadanya. Tetapi, kali ini di mana beliau? Terlalu rindu saya akan suara garau sang katak ini.

Inilah saat dan ketikanya gerombolan katak dan mereka yang ingin cari makan serta memperhambakan diri kepada Umno akan merebut peluang terbuka. Bukan senang untuk keluar di depan kaca TV dan boleh bercakap dengan masa yang lama pada waktu `Prime Time' pula. Tokoh-tokoh Umno pun belum tentu dapat peluang itu.

Maklumlah, mereka sendiri sedar selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti, mereka sudah pasti tidak dapat muncul dikaca TV. Tatkala itu, baru mereka tahu dan sedar betapa bodohnya mereka selama ini berada di bawah `kelangkang' Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan