Wartawan Kita
GUA MUSANG, 4 Nov: Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.
Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.
Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.
"Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.
Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan