6 Disember 2010: Yang Arif lagi Bijaksana Peguam Negara (AG) Abd Ghani Empat Tail yang bertanggungjawab menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura mengeluarkan dakwaan rasuah ke atas pemimpin kerajaan samseng BN setelah bertahun-tahun menyiasat bukti rasuah. Oleh kerana terlalu bijak, AG ni memerlukan lebih 2 tahun hanya untuk menyiasat bukti sebesar gajah yang ada betul-betul di depan matanya. Patutlah beliau kalah ke atas Singapura dalam kes Batu Putih.
Rupa-rupanya masa untuk menyisat tidak cukup. Tetapi Rais anak Yatim menyifatkan kekalahan itu sebagai win-win situation!! Aduhai.. bangsa ku.. Betapa malunya aku menjadi bangsa melayu. Inilah balanya bila otak sudah dilumuri 1virus yang bernama virus UMNO.
Rupa-rupanya masa untuk menyisat tidak cukup. Tetapi Rais anak Yatim menyifatkan kekalahan itu sebagai win-win situation!! Aduhai.. bangsa ku.. Betapa malunya aku menjadi bangsa melayu. Inilah balanya bila otak sudah dilumuri 1virus yang bernama virus UMNO.
Sesiapa jua yang bijaksana tidak kira kamu Raja (Gopal), Professor, Doktor, Ketua Polis Negara atau Jeneral akan menjadi sebaghal-baghal manusia apabila minda mereka diresapi oleh 1 bacteria iaitu bakteria UMNO yang berupaya menukar warna putih kepada hitam, Islam kepada kafir, 14 negeri dalam Malaysia kepada 1Malaysia.
Kenapa membuang masa dan wang rakyat mendakwa dewa-dewa dalam Negara 1 Malaysia ini? Kenapa masih meneruskan sandiwara ‘Shaekspear’ yang sudah lapok itu? Bukankah semua rakyat Malaysia yang befikiran waras (sudah tentu bukan ahli UMNO) sudah faham bahawa Khir Toyo akan dilepaskan kerana kekurangan bukti ATAU akan didenda sejumlah denda yang tidak akan menggugurkan beliau sebagai ADUN bagi mengelakkan pilihanraya kecil. Kami sudah tahu ini semua akan berlaku. Bukankah 1 Malaysia sudah tahu bahawa Malaysia ini mempunyai 2 set undang-undang iaitu yang pertama untuk Tuhan yang bernama BN dan satu lagi untuk pariah yang bernama Pakatan Rakyat?
PM Najib meneruskan drama ‘Mr Beannya’ dengan menjadikan mahkamah sebagai ‘mini clubman’ untuk ditunggangi dan polis serta rakyat sebagai pelakon tambahan bagi diperbodohi oleh Mr Bean??? AG Ghani Empat Tail mungkin belum cukup bukti dan masih menyiasat kes Memali yang sudah lebih 20 tahun berlalu. Dalam kes Anwar Ibrahim drama siri ke 2 Sodomy II, Hakim Zabidin aka Augustine Paul II juga nampaknya memerlukan masa 20 tahun untuk perbicaraan jika Anwar Ibrahim masih VIP UMNO.!!
Inilah Malaysia. Si George Bush pemuda UMNO yang ugut untuk membunuh TG Nik Aziz tu tidak diambil tindakan apa-apa oelh polis barua UMNO. Soalan kami kepada polis 1 Malaysia ialah apakah tindakan kamu jika aku sebagai ahli PAS mengugut di dalam blog aku untuk membunuh MB Melaka misalnya? Sudah tentu malam ini juga kamu semua akan tangkap aku di bawah ISA atau apa-apa saja undang-undang di bawah Kanun Jenayah. Betul kan?? Kenapa kamu semua tidak tangkap Pemuda UMNO yang berdatokkan Charles Darwin dan berbapakan Rothschild dan beribukan UMNO itu??? Atau kamu PDRM juga berketuruna yang sama dengan pemuda UMNO itu? Oh ya! Aku terlupa, TG Nik Aziz adalah pariah sementara Taib Mahmud, Ali Rustam, Ghani Othman dan PM Najib adalah dewa-dewa Tuhan yang bernama UMNO.
Oleh kerana 1 virus yang bernama UMNO ini terlalu kuat sehingga ia dapat menembusi otak Raja Gopal untuk menyokong dan mempertahankan UMNO. Raja Gopal dari Selangor dan Perak ini sudah terlupa dan nyanyuk bahawa UMNO yang mereka pertahankan ini pada suatu masa dalam tahun 1983 dan 1999 telah memperlakukan mereka seperti anjing kurap?? Oh ya, aku terlupa bahawa Nabi UMNO yang sudah pencen pernah berkata bahawa Melayu mudah lupa. Patutlah ketua orang-orang Melayu itu lupa ya?? Kesian sungguh bangsa ku. Mereka menyanjungi Si Kitol yang menukar namanya kepada UMNO dan mahu membunuh Hang Nadim yang menukar namanya kepada PAS.
-tko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan